NON – PROFIT ORGANIZATION’S (NPO’s) SYMPOSIUM 2016: BY THE PEOPLE, FOR THE PEOPLE

BANGI – Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) telah menganjurkan Non – Profit Organization’s (NPO’s) Symposium 2016 yang bertemakan ‘By The People, For The People’ pada 17 Mac 2016 (Khamis), bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). Simposium yang julung kali diadakan tersebut telah dirasmikan oleh YB Puan Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir semasa majlis perasmian ialah YBhg. Datuk Mohd Zuki bin Ali, Ketua Pengarah BHEUU, JPM dan Puan Hajah Zawanah Mohamed, Pengarah ILIM. Simposium tersebut telah berjaya menarik kehadiran seramai 218 orang peserta yang masing-masing terdiri daripada wakil yayasan-yayasan yang berdaftar di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258] termasuk juga wakil-wakil daripada kementerian/jabatan/agensi/universiti.

1NPO SYMPOSIUM 2016 BY THE PEOPLE FOR THE PEOPLE

Dari kiri ke kanan: YBhg. Datuk Mohd Zuki Ali (BHEUU, JPM), YB Puan Hajah Nancy Shukri dan Puan Hajah Zawanah Mohamed (ILIM)

 

2NPO SYMPOSIUM 2016 BY THE PEOPLE FOR THE PEOPLE

Barisan Panel dan Moderator Sesi 1: Good Governance on NPO – AMLATFA, Challenges and Issues
Dari kiri ke kanan: YBhg. Prof. Dr. Normah Haji Omar (ARI, UiTM Shah Alam), Puan Zarifa Izan Zainol Abidin (BNM), Puan Zafina Mohamed Ariffin (LHDN) dan YBhg. Prof. Madya Datin Dr. Mary Mathews (UM)

 

3NPO SYMPOSIUM 2016 BY THE PEOPLE FOR THE PEOPLE

Barisan Panel dan Moderator Sesi 2: Fund Raising: Modern vs Conventional Approach
Dari kiri ke kanan: Mr. Kristofer Rogers (simplygiving.com), Encik Razin Murat (NASOM), Encik Zaim Mohzani (Nation Building School), YBrs. Dr. Nor Mazny Abdul Majid (BHEUU. JPM) dan Cik Laila Khalidah Ismail (BHEUU. JPM).

 

PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL.4/2016

Putrajaya, 6 April – YBhg. Datuk Haini binti Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman menyeru semua warga BHEUU, JBG dan MdI untuk mengamalkan teknologi hijau dalam kehidupan di rumah dan pejabat. Unsur teknologi tersebut bertujuan memelihara bumi daripada bahaya pemanasan global.
Beliau berkata, antara langkah-langkah yang boleh dilakukan ialah mengurangkan bahan buangan, mengasingkan sisa pepejal, mengurangan pencemaran udara, mengelakkan pembaziran tenaga dan mengurangkan penggunaan barangan pakai buang.
Beliau berkata penjimatan elektrik boleh dilakukan dengan memadam lampu di ruang yang tidak digunakan, menutup suis komputer jika ia tidak digunakan, penggunaan pencahayaan semula jadi, mematikan suis lampu ketika meninggalkan bilik dan mengamalkan kitar semula.
Beliau juga berkata amalan penjimatan boleh dilakukan dengan berkongsi kereta ke pejabat, penggunaan produk mesra alam, penggunaan botol air sendiri, penggunaan bekas makanan sendiri dan lain-lain.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Perhimpunan Bulanan BHEUU di sini hari ini.

1PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL42016

Ucapan oleh YBhg. Datuk Haini binti Hassan,
Ketua Pengarah JBG

 

2PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL42016

3PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL42016

Warga BHEUU, MdI dan JBG semasa Perhimpunan Bulanan 
BHEUU Bil.4/2016

 

4PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL42016

Tahniah kepada Encik Luqman bin Mahfuz, penerima Anugerah Pekerja Contoh BHEUU bagi bulan Mac 2016

 

5PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL42016

Tahniah kepada Puan Hasni Adura binti Abd Jabar, penerima Anugerah Pekerja Contoh MdI bagi bulan Mac 2016

 

 

BENGKEL AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT [AKTA 711] BIL. 1 TAHUN 2016, PADA 29 MAC 2016 (SELASA)

SELANGOR, 29 MAC 2016 – Bengkel Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711] Bil. 1 Tahun 2016 telah diadakan pada 29 Mac 2016 (Selasa), bertempat di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi, Selangor. Objektif utama penganjuran Bengkel ini adalah untuk menjelaskan mengenai Akta 711 terutamanya menyediakan para peserta yang terdiri daripada Pegawai Penerima Maklumat yang telah dicalonkan untuk melaksanakan Akta 711 di peringkat kementerian/jabatan/agensi masing-masing. Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Mohd Zuki bin Ali, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dan dihadiri oleh seramai tujuh puluh dua (72) orang peserta.

* Sila klik disini untuk muat turun slaid.

 

1BENGKEL AKTA 711 BIL 012016

YBhg. Datuk Mohd Zuki bin Ali merasmikan Bengkel.

 

2BENGKEL AKTA 711 BIL 012016

Sesi bergambar peserta Bengkel bersama-sama dengan YBhg. Datuk Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah BHEUU

 

3BENGKEL AKTA 711 BIL 012016

Pembentangan oleh salah seorang peserta Bengkel semasa sesi Latihan Dalam Kumpulan. 

 

 

PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU FEBRUARI 2016

Putrajaya, 16 Februari – YBhg. Datuk Mohd Zuki bin Ali, Ketua Pengarah BHEUU berkata kualiti penting, yang perlu ada pada seseorang pekerja adalah integriti, kebijaksanaan dan tenaga. Justeru semua warga kerja BHEUU, MdI dan JBG diingatkan tidak keluar pejabat sebebas-bebasnya pada waktu kerja bagi menjaga integriti perkhidmatan awam.


Beliau juga mengingatkan semua warga kerja akan keadaan ekonomi yang mencabar pada masa kini disebabkan keadaan ekonomi global, harga minyak mentah yang rendah dan kesan ekonomi negara China. Sehubungan itu, beliau menyeru agar semua pihak di BHEUU, MdI dan JBG mengoptimumkan perbelanjaan. Beliau mengingatkan keperluan memikirkan setiap ringgit yang digunakan dapat mendatangkan hasil dan impak yang besar.


Beliau berkata setiap warga kerja perlu menyesuaikan diri dengan scenario ekonomi semasa. Beliau berharap semua warga kerja dapat menjalani kehidupan berjimat cermat samada di rumah mahupun di pejabat.


Beliau berkata demikian semasa Pehimpunan Bulanan BHEUU di sini hari ini. 
 

1

Ucapan oleh YBhg. Datuk Mohd Zuki bin Ali,
Ketua Pengarah BHEUU

2

3

Warga BHEUU, MdI dan JBG semasa Perhimpunan Bulanan
BHEUU Bil.2/2016

4
Tahniah kepada Encik Mohammad Firdhaus Md Dah, penerima Anugerah Pekerja Contoh BHEUU bagi bulan Januari 2016

5Tahniah kepada Puan Noor Akasyah binti Mohd Ali, penerima Anugerah Pekerja Contoh MdI bagi bulan Januari 2016

6Tahniah kepada Puan Nur Ilham binti Mat Daud, penerima Anugerah Pekerja Contoh JBG bagi bulan Januari 2016

7

8Penyampai hadiah kepada pemenang-pemenang acara Paintball anjuran KSK, BHEUU

 

 

PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU MAC 2016

Putrajaya, 10 Mac – YBrs. Puan Haslina Mansor, Ketua Pengarah MdI berkata semua warga BHEUU, MdI dan JBG perlu berbelanja secara berhemat dalam melaksanakan tugas harian selaras dengan saranan kerajaan supaya mengoptimumkan perbelanjaan. Beliau menyarankan sebarang pembaziran perlu dielakkan.

Beliau mengingatkan, perbelanjaan secara berhemat perlu juga dilakukan kepada diri sendiri dan seisi keluarga bagi mengelakkan warga kerja BHEUU, MdI dan JBG menjadi bankrap. Perbelanjaan yang dilakukan hendaklah tidak melebihi pendapatan.

Beliau mengesyorkan agihan pendapatan bulanan dilakukan; 10% disimpan, 70% perbelanjaan keperluan harian, 10% perbelanjaan jangka panjang, 5% tabung kecemasan dan 5% untuk cukai atau zakat. Beliau berkata penjimatan terhadap penggunaan utiliti boleh dilaksanakan oleh setiap individu.

Beliau berkata demikian semasa Pehimpunan Bulanan BHEUU di sini hari ini.

1

Ucapan oleh YBrs. Puan Haslina binti Mansor,
Ketua Pengarah Insolvensi

2

3

Warga BHEUU, MdI dan JBG semasa Perhimpunan Bulanan
BHEUU Bil.3/2016

4
Tahniah kepada Puan Noor Hayati Nordin, penerima Anugerah Pekerja Contoh BHEUU bagi bulan Februari 2016

5Tahniah kepada Encik Ahmad Feisal bin Md Zain, penerima Anugerah Pekerja Contoh MdI bagi bulan Februari 2016