CERAMAH INTEGRITI ANJURAN BHEUU DENGAN KERJASAMA PUSPANITA CAWANGAN KECIL BHEUU - “TRANSFORMASI DIRI LEBIH MENARIK DAN BERJAYA”

Berita Terkini bullet go Ceramah Integriti Anjuran BHEUU Dengan Kerjasama PUSPANITA Cawangan Kecil BHEUU - “Transformasi Diri Lebih Menarik dan Berjaya”

Putrajaya, 26 Mei – Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kecil BHEUU telah menganjurkan Ceramah Integriti bertajuk “Transformasi Diri Lebih Menarik dan Berjaya”. Ceramah telah disampaikan oleh Saudara Amin Idris iaitu Master Trainer daripada Akademi Magnet Sukses Sdn. Bhd. yang juga Personaliti TV Al-Hijrah.

Objektif ceramah tersebut adalah untuk menyediakan para pegawai agar sentiasa bertindak proaktif dalam melaksanakan transformasi diri dan berusaha mengambil langkah untuk berubah menjadi lebih baik khususnya dalam pekerjaan dan kehidupan seharian. Warga BHEUU, JBG dan MdI diingatkan bahawa kejayaan yang dicipta bermula dengan langkah transformasi diri. Adalah dianggarkan seramai 130 orang warga BHEUU, JBG dan Mdl telah menghadiri ceramah tersebut.

1

Penceramah Saudara Amin Idris daripada Akademi Magnet Sukses Sdn. Bhd.

2

3

4

Antara warga BHEUU, JBG dan MdI yang hadir ke ceramah integriti.

 

 

KURSUS SISTEM PENGURUSAN KUALITI AUDIT DALAM MS ISO 9001:2008 BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG (BHEUU)

Berita Terkini bullet go

Kursus Sistem Pengurusan Kualiti Audit Dalam MS ISO 9001:2008 BHEUU

Putrajaya, 24 Mei – Kursus Sistem Pengurusan Kualiti Audit Dalam MS ISO 9001:2008 BHEUU telah diadakan di Dewan Harmoni, Aras 2, BHEUU pada 23 dan 24 Mei 2016. Kursus ini telah dianjurkan oleh Unit Inovasi, BHEUU. Seramai 19 orang peserta yang terdiri dari Pengurus Dokumen, Penolong Pengurus Dokumen/Koordinator, Ketua Pasukan Audit Dalam ISO, Timbalan Ketua Pasukan Audit Dalam ISO dan Juruaudit Dalam ISO telah menghadiri bengkel ini. Pemudahcara adalah Puan  Sa’adiah Binti Enok dari SIRIM Training Services Sdn Bhd.  Objektif bengkel ini adalah untuk meningkatkan kefahaman mengenai proses dan prosedur audit dalam serta memberi pendedahan secara komprehensif mengenai amalan dan pengetahuan berhubung Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008.  

KURSUS SISTEM PENGURUSAN KUALITI AUDIT DALAM MS ISO 90012008 1

KURSUS SISTEM PENGURUSAN KUALITI AUDIT DALAM MS ISO 90012008 2

Peserta-peserta Kursus Sistem Pengurusan Kualiti Audit Dalam MS ISO 9001:2008

KURSUS SISTEM PENGURUSAN KUALITI AUDIT DALAM MS ISO 90012008 3

 KURSUS SISTEM PENGURUSAN KUALITI AUDIT DALAM MS ISO 90012008 4

 

KURSUS SISTEM PENGURUSAN KUALITI AUDIT DALAM MS ISO 90012008 5

Latihan Kumpulan

KURSUS SISTEM PENGURUSAN KUALITI AUDIT DALAM MS ISO 90012008 6

Sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah Puan Sa'adiah binti Enok oleh Puan MArietta Rachel Lukie, Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Pengurusan Sumber Manusia

KURSUS SISTEM PENGURUSAN KUALITI AUDIT DALAM MS ISO 90012008 8

Sesi bergambar peserta-peserta Kursus Sistem Pengurusan Kualiti Audit Dalam MS ISO 9001:2008 bersama Penceramah Puan Sa'adiah binti Enok

 

 

 

LAWATAN PENANDA ARAS EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) BHEUU

Putrajaya, 16 Mei – Lawatan Penanda Aras EKSA ke Bahagian GST, Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia, Menara Tulus, Presint 3, Putrajaya telah diadakan pada 16 Mei 2016 (Isnin). Lawatan ini telah dianjurkan oleh Unit Inovasi, BHEUU. Seramai 34 orang peserta terdiri dari Ketua Juruaudit Dalam EKSA, Juruaudit-juruaudit Dalam EKSA, Fasilitator dan Ketua-ketua Zon EKSA BHEUU telah menghadiri lawatan  ini. Objektif lawatan ini adalah untuk melihat pelaksanaan EKSA di Jabatan berkenaan.

1

Ucapan alu-aluan daripada Puan Norizan binti Ramli
Naib Pengerusi EKSA

2

3

6

7

9

11

12

14

15

Lawatan ke Zon EKSA Bahagian GST Aras 3 dan 5, Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia

16

Sesi penyampaian cenderahati kepada Naib Pengerusi EKSA Bahagian GST, Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia oleh Puan YM Raja Suzilawati binti Raja Hasan, Fasilitator EKSA BHEUU

17

Sesi bergambar peserta-peserta  Lawatan Penanda Aras EKSA BHEUU bersama pegawai-pegawai daripada Bahagian GST, Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia

PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL.5/2016

Berita Terkini bullet go Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil.5/2016

Putrajaya, 5 Mei – YBhg. Datuk Mohd Zuki bin Ali, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM mengingatkan warga BHEUU, MdI dan JBG bahawa Malaysia memerlukan pekerja berkemahiran untuk mencapai Wawasan 2020. Beliau berkata pekerja berkemahiran adalah penggerak ekonomi.

Beliau juga menyeru warga BHEUU, MdI dan JBG untuk melaksanakan kerja dengan dedikasi. Ini kerana warga kerja yang berdedikasi penting untuk membawa negara ke arah kemajuan.

“Dalam membawa negara kearah kejayaan, penjawat awam perlu memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawab dengan mahir dan cekap. Kerja yang tidak cekap menjadi tidak efektif”, kata beliau.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Perhimpunan Bulanan BHEUU di sini hari ini.

1PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL52016

Ucapan oleh YBhg.Datuk Mohd Zuki bin Ali,
Ketua Pengarah BHEUU

 

2PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL52016

3PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL52016

Warga BHEUU, MdI dan JBG semasa Perhimpunan Bulanan 
BHEUU Bil.5/2016

 

4PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL52016

Taklimat Akta Pelindungan Pemberi Maklumat – Akta 711
oleh Puan Laila Khalidah binti Ismail, Pengarah Seksyen Dasar.

 

5PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL42016

Tahniah kepada Encik Wan Hasrul Effendy bin Sulaiman,
penerima Hadiah Peminjam Buku Terbanyak bagi Januari – April 2016.

 

 

KURSUS PENINGKATAN JATI DIRI JURUAUDIT DALAM EKSA BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG (BHEUU)

Berita Terkini
bullet go Kursus Peningkatan Jati Diri Juruaudit Dalam Eksa Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU)

PUTRAJAYA, 28 April 2016Kursus Peningkatan Jati Diri Juruaudit Dalam EKSA BHEUU telah diadakan di Ruang Legar Aras 10, BHEUU pada 27 dan 28 April 2016.

Kursus ini telah dianjurkan oleh Unit Inovasi, BHEUU. Seramai 28 orang peserta yang terdiri dari Pegawai dan kakitangan BHEUU telah menghadiri bengkel ini. Pemudahcara adalah Encik Harun bin Jantan dari Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Objektif bengkel ini adalah untuk meningkatkan kefahaman mengenai peranan, tanggungjawab dan juga bagi memberi pendedahan secara komprehensif mengenai EKSA dan pengetahuan berhubung konsep dan pengauditan baru selaras dengan prinsip EKSA.

1

Penceramah Encik Harun bin Jantan sedang memberi penerangan mengenai EKSA
 


2
2
2

Peserta-peserta Kursus Peningkatan Jati Diri Juruaudit Dalam EKSA BHEUU
 



2
2
2
2
2

Juruaudit Dalam sedang menjalankan pengauditan di sektor-sektor.
 


2Sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah Encik Harun bin Jantan oleh Encik Bahrunnizam bin Abd Kadir, Ketua Juruaudit Dalam EKSA BHEUU
 


2Sesi Bergambar Peserta-peserta Kursus Peningkatan Jati Diri Juruaudit Dalam EKSA BHEUU bersama Penceramah Encik Harun bin Jantan dari Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia.