Visi, Misi, Objektif & Fungsi
Visi
Peneraju terulung kepada kecekapan dan keberkesanan pentadbiran keadilan Negara
Misi
Memperkasakan sistem pentadbiran keadilan Negara melalui penyediaan prasarana dan dasar berkaitan perundangan
Objektif
- Merancang, melaksana dan memantau projek pembangunan BHEUU, JBG, Mdl dan Mahkamah mengikut piawaian yang ditetapkan.
- Menguatkuasakan Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952
- Mengoptimumkan keberkesanan dan kecekapan penggunaan sistem ICT di BHEUU, JBG, Mdl dan Mahkamah
- Memperkasakan ketelusan tadbir urus kewangan dan ICT
- Memperkasakan sumber manusia dan kecekapan pengurusan khidmat korporat.
- Membangunkan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia yang lengkap dan komprehensif
- Menyelaras proses pengampunan bagi kes-kes rayuan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya dan memantau status kes-kes pengampunan di negeri-negeri.
- Menyelaras dan memantau penguatkuasaan Akta-Akta yang dipertanggungjawabkan kepada BHEUU.
- Mengurusetiakan:
- pelantikan anggota Jawatankuasa Pemilihan dan anggota SUHAKAM serta penyelarasan penyediaan buku Maklum Balas Kerajaan Terhadap Laporan Tahunan SUHAKAM;
- pelantikan penasihat mahkamah bagi kanak-kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001(Akta 611); dan
- pelantikan Pengarah Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur (PTSKL)/ (KLRCA).
Fungsi
- Urus setia Lembaga Pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi kes-kes di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya;
- Memantau kedudukan perkara pengampunan di tiap-tiap Negeri;
- Perancangan dan pembangunan projek mahkamah, Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI);
- Pentadbiran Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258] termasuk perkara berkaitan dengan pendaftaran dan pemantauan perbadanan-perbadanan pemegang amanah;
- ‘Focal Agency’ bagi pembangunan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP);
- Pelantikan anggota, Pelantikan Jawatankuasa Pemilihan dan penyelarasan maklum balas Kerajaan terhadap Laporan Tahunan SUHAKAM;
- Pelantikan penasihat Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611];
- Pelantikan Pengarah Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur (KLRCA);
- Penyelarasan Penguatkuasaan Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 [Akta 676];
- Penyelarasan Pelaksanaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711]; dan
- Penyelarasan Pelaksanaan Akta Pengantaraan 2012 [Akta 749].