PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG

  1. Menjalankan fungsi-fungsi Jabatan Peguam Negara di peringkat BHEUU untuk memberikan nasihat dan pandangan dalam perkara-perkara perundangan berdasarkan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan. Nasihat undang-undang (Advisory matters) adalah berkenaan dengan undang-undang di bawah kawalan dan seliaan BHEUU;
  2. Menyemak dan menggubal instrumen dan dokumen antarabangsa seperti perjanjian, memorandum persefahaman, deklarasi dan joint communiqué yang melibatkan BHEUU, JBG atau MDI sebagai wakil Kerajaan Malaysia;
  3. Mengambil arahan dan mengendalikan sesuatu tindakan guaman bagi pihak atau terhadap BHEUU, JBG, MDI atau PKPMP dengan memastikan tindakan awalan dilaksanakan dengan sewajarnya;
  4. Menyemak dan menggubal Perundangan Utama (Principal Legislations) atau Perundangan Subsidiari (Subsidiary Legislations) di bawah kawalan dan seliaan BHEUU selepas semua isu dasar diselesaikan;
  5. Mendraf atau menyemak dokumen undang-undang seperti notis perundangan, perjanjian dan memorandum persefahaman domestik yang di dalamnya Kerajaan merupakan suatu pihak yang diwakili BHEUU, JBG, MDI atau PKPMP bagi memastikan kepentingan Kerajaan dilindungi;
  6. Menyemak dan menyiapkan draf semakan dan cetakan semula undang- undang di bawah kawalan dan seliaan BHEUU; dan
  7. Mengemukakan hasil dapatan penyelidikan atau pembaharuan undang- undang berhubung perkara perundangan di bawah kawalan dan seliaan BHEUU.