• Laman Utama
  • Berita Terkini
  • SEMINAR PERBANDINGAN ANTARA AKTA PERLINDUNGAN SAKSI (AKTA 696) DAN AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 (AKTA 711)

SEMINAR PERBANDINGAN ANTARA AKTA PERLINDUNGAN SAKSI (AKTA 696) DAN AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 (AKTA 711)

PUTRAJAYA, 12 Mei 2015– Seminar Perbandingan Antara Akta Perlindungan Saksi [Akta 696] dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat [Akta 711] telah diadakan pada 12 Mei 2015 bertempat di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri. Seminar berkenaan telah dirasmikan YBrs. Dr Nor Mazny binti Abdul Majid, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Pembangunan), Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri. Seminar yang diadakan berkenaan telah dihadiri seramai 200 orang peserta daripada 9 agensi penguatkuasaan, Unit Integriti Kerajaan Negeri, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Bantuan Guaman dan Jabatan Insolvensi Malaysia.

 

01 Akta696 Dan Akta711

YBrs Dr Nor Mazny binti Abdul Majid merasmikan seminar

 

02 Akta696 Dan Akta711

 Gambar peserta seminar