LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG) KE SANDAKAN “JELAJAH MyLAW@SANDAKAN”

Sandakan, 17 September – YB Datuk Haji Shabudin bin Yahaya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) telah mengadakan lawatan kerja sehari ke Sandakan melibatkan dua agensi di bawah Kluster Parlimen dan Undang-Undang iaitu Mahkamah Sandakan dan Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Sandakan.

Sejurus tiba di Mahkamah Sandakan, YB Timbalan Menteri dibawa melawat Mahkamah Bergerak atau Mobile Court iaitu inisiatif Kerajaan dalam memberi perkhidmatan keadilan terbaik kepada rakyat sebelum mendengar taklimat yang disampaikan oleh Puan Egusra Ali, Pengarah Mahkamah Negeri Sabah dan Tuan Indra bin Haji Ayub, Hakim Mahkamah Sesyen Sandakan.

Kerajaan telah memperuntukan RM1.25 juta bagi penambahbaikan dan naik taraf bangunan Mahkamah Sandakan meliputi kerja penyelenggaraan am bangunan, penyelengaraan sistem pencegahan kebakaran dan penggantian paip air dalaman yang memakan masa sekurang-kurangnya setahun bermula suku pertama tahun 2021. Usaha pembaikan dan menaik taraf mahkamah ini seiring dengan matlamat untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan memberi keselesaan kepada kakitangan serta semua pihak yang berurusan dengan mahkamah. Kompleks mahkamah Sandakan telah beroperasi selama 17 tahun sejak tahun 2003 merangkumi Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majisret.

Sejurus selesai lawatan kerja di Mahkamah Sandakan, YB Timbalan Menteri turut melawat Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Sandakan di mana beliau diberi taklimat berkaitan kes-kes kebankrapan yang disampaikan oleh Tuan Mohd Nazri bin Omran, Pengarah Insolvensi Sabah.

1

YB Datuk Haji Shabudin bin Yahaya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) berada di dalam Mahkamah Bergerak atau Mobile Court mendengar kes daftar lewat sijil lahir. Mahkamah Bergerak adalah inisiatif Kerajaan dalam memberi perkhidmatan keadilan terbaik kepada rakyat khususnya di Negeri Sabah

2

YB Datuk Haji Shabudin bin Yahaya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) menandatangani buku pelawat

 

3

YB Datuk Haji Shabudin bin Yahaya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dan para tetamu yang lain mendengar taklimat mengenai kes-kes kebankrapan yang disampaikan oleh Tuan Mohd Nazri bin Omran, Pengarah Insolvensi Sabah

4

YB Datuk Haji Shabudin bin Yahaya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) ketika membuat tinjauan bilik fail di Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Sandakan

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • KD
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI