MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2020 PROGRAM PENGURUSAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN JABATAN PERDANA MENTERI

Putrajaya, 8 April – Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2020, Program Pengurusan Kehakiman dan Perundangan, Jabatan Perdana Menteri berlangsung pada 8 April 2021 (Khamis) bertempat di Boraombak, Putrajaya. Majlis disempurnakan oleh YB Datuk Haji Shabudin Yahaya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) manakala Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) merupakan hos dan mengetuai Jawatankuasa Kerja Majlis APC pada kali ini.

Seramai 152 penerima APC Tahun 2020 terdiri daripada warga Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) seramai 14 orang, Jabatan Bantuan Guaman (JBG) seramai 36 orang, Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) seramai 84 orang, Bahagian Perlindungan (BP) seramai 6 orang, Lembaga Penasihat (LP) seramai 3 orang, ILKAP seramai 7 orang dan masing-masing seorang dari Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) dan Pejabat YB Menteri.

Kesemua penerima APC menerima Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan hadiah prestasi bernilai RM1,000.00.  Antara insentif lain, pegawai juga diberi peluang dan keutamaan untuk memajukan kerjaya seperti menghadiri kursus, seminar yang boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi kerja dan berpeluang dicalonkan untuk menerima pingat, bintang dan darjah kebesaran Persekutuan dan Negeri.

Pada majlis ini, antara Ketua Jabatan yang hadir ialah YBhg. Datuk Roziah Abudin, Ketua Pengarah BHEUU, YBhg. Dato’ Anita Harun, Ketua Pengarah MdI, YBhg. Datin Rozita Ramli, Ketua Pengarah ILKAP, YBrs. Puan Siti Salwa Musa, Ketua Pengarah JBG, YBrs. Tuan Qalam Zainuddin, Setiausaha SPK manakala LP diwakili oleh YA Puan Aslina Joned dan BP diwakili oleh Senior Assistant Commissioner Police Mohd Rozi Jidin.

1

YB Datuk Haji Shabudin Yahaya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2020, Program Pengurusan Kehakiman dan Perundangan, Jabatan Perdana Menteri

 

2

YBhg. Datin Rozita Ramli, Ketua Pengarah Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Majlis APC Tahun 2020 ketika menyampaikan ucapan aluan

 

3

Salah seorang penerima APC, Muhammad bin Muhammad Azmi dari Pejabat YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) menerima sijil penghargaan APC Tahun 2020 pada majlis yang berlangsung di Boraombak, Putrajaya pada 8 April 2021

 

4

Sesi bergambar Ketua-Ketua Jabatan/Agensi Bersama Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Jabatan/Agensi yang terlibat dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • MAMPU
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI