LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG) KE KOMPLEKS MAHKAMAH TINGGI PULAU PINANG DAN TAPAK TANAH MAHKAMAH DI BERTAM, PULAU PINANG

Kepala Batas, 18 Julai – YB Datuk Haji Shabudin Yahaya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) telah mengadakan lawatan kerja sulungnya ke Kompleks Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan Tapak Tanah Mahkamah di Bertam, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang pada 18 Julai 2020 (Sabtu) yang lalu.

Turut hadir sama dalam lawatan kerja tersebut ialah YBhg. Dato’ Mohd Sallehuddin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), YBrs. Puan Roziah Abudin, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dan YBrs. Tuan Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP).

Pada lawatan tersebut, YB Timbalan Menteri telah meninjau kemajuan Projek Menaiktaraf dan Pemuliharaan Bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang dimulakan secara berfasa mulai tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun. Bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang menempatkan lima buah Bilik Bicara Mahkamah Tinggi adalah bangunan warisan yang telah dibina pada tahun 1809 dan mula dikosongkan pada 3 September 2018. Kerja-kerja pengubahsuaian dan pembaikan bangunan ini dilaksanakan mengikut prosedur ditetapkan bagi pemuliharaan bangunan warisan seperti mana peruntukan berkaitan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2006 (Akta 645).

YB Timbalan Menteri juga turut meninjau sebidang tanah berkeluasan 2.4 ekar di Mukim 6 Bertam, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang untuk cadangan pembinaan mahkamah baharu yang akan dipertimbangkan untuk dimohon di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12).

.

1

YB Datuk Haji Shabudin Yahaya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) meninjau kemajuan Projek Menaiktaraf dan Pemuliharaan Bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang

2

YB Datuk Haji Shabudin Yahaya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) mendengar penerangan daripada Encik Shazali bin Samsudin, Arkitek Penguasa Kanan JKR berhubung kemajuan Projek Menaiktaraf dan Pemuliharaan Bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang

 

3

YB Datuk Haji Shabudin Yahaya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) diberi taklimat berhubung Projek Menaiktaraf dan Pemuliharaan Bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang oleh YBrs. Tuan Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP)

4

YB Datuk Haji Shabudin Yahaya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) ketika meninjau sebidang tanah berkeluasan 2.4 ekar di Mukim 6 Bertam, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang untuk cadangan pembinaan mahkamah baharu

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • MAMPU
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM