KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) PERKHIDMATAN AWAM PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KE-12 TAHUN 2015
PUTRAJAYA, 8 & 9 SEPTEMBER 2015 – BHEUU telah menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Peringkat Wilayah Persekutuan Ke-12 Tahun 2015 yang diadakan di Dewan Serbaguna, Kementerian Wilayah Persekutuan, Aras 1, Blok 1, Menara Seri Wilayah, Presint 2, 62100 Putrajaya dan disertai tujuh (7) orang ahli Kumpulan Inovatif dan Kreatif BHEUU (V@4) iaitu Encik Akhmal Abu Basar, Puan Nurul Azwin Junaidi, Encik Mohammad Firdhaus Md. Dah, Encik Sahrun Amzah, Puan Sahida Harun, Puan Nor Wahida Abd. Muntak, Puan Nazatul Syariha Osman dan Puan Mahnum Daud. Turut hadir bersama semasa pembentangan sebagai pemerhati ialah YBhg. Encik M Kamroldin Hitam Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) BHEUU, beliau juga memberikan sokongan padu bagi membuktikan KIK BHEUU juga mampu bersaing. BHEUU telah mengetengahkan projek V@4 ke penyertaan tersebut. Projek tersebut bertajuk Kesukaran Mencari maklumat Tanah. Seramai tiga (2) orang ahli panel yang menjadi juri untuk sesi viva ialah Puan manzalina binti Sulaiman (MPC) dan Puan Nor Asiah binti Mohamad (MPSJ). Walaupun V@4 tidak mendapat tempat tiga tertinggi, tetapi tahniah kepada mereka kerana menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi.
Kumpulan V@4 sedang membuat pembentangan Kesukaran Mencari Maklumat Tanah
Encik M Kmaroldin Hitam selaku Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) BHEUU hadir memberi sokongan kepada wakil BHEUU sebelum membuat persembahan.
Kumpulan V@4 dalam sesi VIVA