PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU NOVEMBER 2014
Putrajaya, 6 November – YBrs. Puan Haslina Mansor, Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia mengingatkan bahawa setiap pemimpin mestilah bertanggungjawab di atas kepimpinan masing-masing. Beliau berkata, setiap gerak geri pemimpin dinilai dan menjadi contoh teladan orang bawahan sepanjang masa.
Beliau menekankan seseorang pemimpin itu mestilah beramanah, jujur, adil dan tidak melakukan kezaliman atau diskriminasi kepada mereka yang di bawahnya.
Beliau berkata, seseorang pemimpin itu hendaklah tegas dan berpegang teguh kepada prinsip dalam melaksanakan amanah termasuklah mengambil tindakan sewajarnya dalam hal-hal berkaitan penguatkuasaan undang-undang terhadap pihak-pihak yang bersalah. Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis Perhimpunan Bulanan BHEUU bulan November di sini hari ini.
Ucapan oleh YBrs Puan Haslina binti Mansor, Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia
Warga BHEUU, JBG dan MdI semasa perhimpunan bulanan November 2014
Tahniah kepada penerima Anugerah Pekerja Contoh BHEUU, JBG dan MdI bagi bulan Oktober 2014
Tahniah kepada Johan Pertandingan Berbalas Pantun di WhatsApp 2014
Naib Johan Pertandingan Berbalas Pantun di WhatsApp 2014
Tempat Ketiga Pertandingan Berbalas Pantun di WhatsApp 2014
Pemenang-Pemenang Pantun Terbaik Pertandingan Berbalas Pantun di WhatsApp 2014