PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU OKTOBER 2014
Putrajaya, 2 Oktober – YBrs. Puan Siti Zawahir binti Mohamed, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman mengingatkan warga BHEUU, JBG dan MdI supaya membangun dalam satu sistem dan peradaban yang memupuk mindset yang bersifat global bagi menangani situasi semasa dunia yang hyper-connected, multidirectional dan interdependent. Ia adalah cabaran utama kerana Malaysia merupakan salah satu masyarakat global.
Beliau berkata revolusi digital yang melanda sebahagian besar masyarakat global termasuklah pengguna media sosial di Malaysia telah berjaya melonjakkan cetusan idea dan memperkasakan pembangunan sains, teknologi dan inovasi. Fenomena ini secara langsung telah mengubah cara orang ramai berkomunikasi dan mempengaruhi budaya hidup masyarakat.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan di Perhimpunan Bulanan BHEUU bulan Oktober di sini hari ini.
Ucapan oleh YBrs Puan Siti Zawahir binti Mohamed, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman
TKP (D&P) BHEUU bersama KP JBG dan KP MdI semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU
Tahniah kepada penerima Anugerah Pekerja Contoh BHEUU, JBG dan MdI bagi bulan September 2014
Tahniah kepada pemenang Pertandingan Penjimatan Tenaga 2014
Seksyen Pembangunan BHEUU Aras 4 menjadi Pemenang Pertandingan Penjimatan Tenaga BHEUU 2014