PENYERTAAN WARGA BHEUU, MdI DAN JBG SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN NEGARA KE -55
KUALA LUMPUR – Perbarisan sempena Ulang Tahun Ke 55 Kemerdekaan Negara di Dataran Merdeka dan Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Ogos 2012 tahun ini amat meriah dengan penyertaan 13 000 peserta pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum dan juga pelbagai sektor awam , swasta dan NGO.
Bagi sambutan kali ini, perbarisan dan perarakan Kontinjen Merakyatkan Perkhidmatan Awam sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Negara Kali ke-55, Tahun 2012 mencipta sejarah apabila diketuai oleh KSN. Ketua Pengarah BHEUU, Ketua Pengarah JBG dan Timbalan Ketua Pengarah MdI turut menyertai kontijen tersebut.
Penyertaan Ketua Pengarah BHEUU semasa perbarisan dan perarakan Kontinjen Merakyatkan Perkhidmatan Awam sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-55, Tahun 2012 yang diketuai oleh Dato’ Seri Dr.Ali Hamsa KSN
Keceriaan terpancar di wajah warga BHEUU: BANGGA SEBAGAI ANAK MALAYSIA
Peserta kontinjen Perkhidmatan Awam bersiap sedia semasa raptai penuh pada 29 Ogos 2012 di Dataran Merdeka
Penyertaaan warga BHEUU, MdI dan JBG pada 31 Ogos 2012 semasa Sambutan Kemerdekaan Ke 55 di Stadium Nasional Bukit Jalil .
{backbutton}