BENGKEL PERNIAGAAN DAN HAK ASASI MANUSIA: "FACT FINDING CONSULTATION : TOWARDS MALAYSIA'S NATIONAL ACTION PLAN ON BUSINESS & HUMAN RIGHTS (NAPBHR)"

Putrajaya, 14 Disember – Bengkel Perniagaan dan Hak Asasi Manusia bertemakan “Fact Finding Consultation: Toward’s Malaysia’s National Action Plan on Business and Human Rights (NAPBHR)” telah diadakan selama tiga hari iaitu pada 7 Disember 2020, 8 Disember 2020 dan 14 Disember 2020 secara maya (zoom meeting).

Bengkel tiga hari itu adalah salah satu inisiatif BHEUU dengan sokongan Agensi Peneraju bagi “thematic areas” iaitu Kementerian Sumber Manusia (tematik buruh), Kementerian Alam Sekitar dan Air (tematik alam sekitar), Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) (tematik tadbir urus) bersama-sama SUHAKAM dan UNDP untuk mendapatkan pandangan daripada pihak berkepentingan mengenai isu-isu perlanggaran hak asasi manusia yang disebabkan oleh aktiviti perniagaan di Malaysia.

Bengkel anjuran bersama oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan United Nation Development Program (UNDP) ini juga menjadi platform semua pihak berkepentingan berkongsi pandangan serta menjalinkan hubungan strategik antara satu sama lain serta mengoptimumkan sumber yang ada demi pembangunan Pelan Tindakan Nasional berkaitan Perniagaan dan Hak Asasi Manusia.

1

Ucapan oleh YBhg. Datuk Roziah Abudin, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri sempena Bengkel Perniagaan dan Hak Asasi Manusia bertemakan “Fact Finding Consultation: Toward’s Malaysia’s National Action Plan on Business and Human Rights (NAPBHR)” yang diadakan pada 7 Disember 2020, 8 Disember 2020 dan 14 Disember 2020 secara maya

 

2

Paparan slide taklimat yang disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Aishah Hj. Bidin, pakar rujuk untuk Business and Human Rights sempena Bengkel Perniagaan dan Hak Asasi Manusia

 

3

Paparan slide Taklimat Pembangunan Pelan Tindakan Nasional Mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (NAPBHR) yang dilaksanakan secara maya

2020 INTERNATIONAL HUMAN RIGHTS DAY VIRTUAL FORUM

Putrajaya, 10 Disember – Sempena Sambutan Hari Hak Asasi Manusia yang disambut setiap tahun pada 10 Disember, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan 2020 International Human Rights Day Virtual Forum bertemakan Recover Better – Stand Up For Human Rights dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri (KLN), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan The United Nations in Malaysia.

Forum ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan sokongan masyarakat terhadap hak asasi manusia dan menggiatkan usaha pelbagai pihak berkepentingan dalam mempromosikan hak asasi manusia. Ia juga merupakan suatu platform bagi pakar-pakar daripada pelbagai bidang untuk mengemukakan pandangan tentang amalan terbaik yang dapat menambah baik undang-undang dan sistem sedia ada yang berkaitan dengan perlindungan hak asasi manusia di Malaysia.

Forum atas talian ini terdiri daripada dua sesi iaitu perbincangan interaktif berkenaan perkembangan belia dan impak pandemik COVID-19 terhadap hak asasi manusia di Malaysia. Sesi perbincangan yang diadakan telah memberikan suatu gambaran mengenai keadaan semasa di Malaysia mengenai hak asasi manusia dan langkah-langkah yang boleh dijalankan untuk menyelesaikan isu-isu hak asasi manusia.

Forum ini dihadiri oleh lebih daripada 200 peserta yang terdiri dari pegawai Kerajaan, masyarakat, pemimpin Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan wakil sektor swasta.

1

Poster publisiti sempena Sambutan Hari Hak Asasi Manusia yang diadakan pada 10 Disember 2020

 

2

Ucapan yang disampaikan oleh YB Dato’ Takiyuddin bin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)

 

3

Ucapan yang disampaikan oleh HE Mr Stefan Priesner, United Nations Resident Coordinator for Malaysia, Singapore and Brunei Darussalam

 

4

Sebahagian daripada peserta 2020 International Human Rights Day Virtual Forum yang berlangsung secara atas talian pada 10 Disember 2020

 

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG) KE SANDAKAN “JELAJAH MyLAW@SANDAKAN”

Sandakan, 17 September – YB Datuk Haji Shabudin bin Yahaya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) telah mengadakan lawatan kerja sehari ke Sandakan melibatkan dua agensi di bawah Kluster Parlimen dan Undang-Undang iaitu Mahkamah Sandakan dan Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Sandakan.

Sejurus tiba di Mahkamah Sandakan, YB Timbalan Menteri dibawa melawat Mahkamah Bergerak atau Mobile Court iaitu inisiatif Kerajaan dalam memberi perkhidmatan keadilan terbaik kepada rakyat sebelum mendengar taklimat yang disampaikan oleh Puan Egusra Ali, Pengarah Mahkamah Negeri Sabah dan Tuan Indra bin Haji Ayub, Hakim Mahkamah Sesyen Sandakan.

Kerajaan telah memperuntukan RM1.25 juta bagi penambahbaikan dan naik taraf bangunan Mahkamah Sandakan meliputi kerja penyelenggaraan am bangunan, penyelengaraan sistem pencegahan kebakaran dan penggantian paip air dalaman yang memakan masa sekurang-kurangnya setahun bermula suku pertama tahun 2021. Usaha pembaikan dan menaik taraf mahkamah ini seiring dengan matlamat untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan memberi keselesaan kepada kakitangan serta semua pihak yang berurusan dengan mahkamah. Kompleks mahkamah Sandakan telah beroperasi selama 17 tahun sejak tahun 2003 merangkumi Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majisret.

Sejurus selesai lawatan kerja di Mahkamah Sandakan, YB Timbalan Menteri turut melawat Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Sandakan di mana beliau diberi taklimat berkaitan kes-kes kebankrapan yang disampaikan oleh Tuan Mohd Nazri bin Omran, Pengarah Insolvensi Sabah.

1

YB Datuk Haji Shabudin bin Yahaya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) berada di dalam Mahkamah Bergerak atau Mobile Court mendengar kes daftar lewat sijil lahir. Mahkamah Bergerak adalah inisiatif Kerajaan dalam memberi perkhidmatan keadilan terbaik kepada rakyat khususnya di Negeri Sabah

2

YB Datuk Haji Shabudin bin Yahaya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) menandatangani buku pelawat

 

3

YB Datuk Haji Shabudin bin Yahaya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dan para tetamu yang lain mendengar taklimat mengenai kes-kes kebankrapan yang disampaikan oleh Tuan Mohd Nazri bin Omran, Pengarah Insolvensi Sabah

4

YB Datuk Haji Shabudin bin Yahaya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) ketika membuat tinjauan bilik fail di Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Sandakan

LAWATAN KERJA YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG) KE TAWAU “JELAJAH MyLAW@TAWAU”

Tawau, 7 September – YB Dato’ Takiyuddin bin Haji Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) telah mengadakan lawatan kerja sehari ke Tawau melibatkan lawatan kerja ke Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Tawau, tapak cadangan Mahkamah Baharu Tawau dan Mahkamah Tawau. Di Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Tawau, YB Menteri diberi taklimat berkaitan kes-kes kebankrapan yang disampaikan oleh Tuan Mohd Nazri bin Omran, Pengarah Insolvensi Sabah.

Sejurus tiba di Mahkamah Tawau, YB Menteri dibawa melawat Mahkamah Bergerak atau Mobile Court iaitu inisiatif Kerajaan dalam memberi perkhidmatan keadilan terbaik kepada rakyat. Taklimat di Mahkamah Tawau disampaikan oleh Tuan Awang Kerisnada bin Awang Mahmud, Hakim Mahkamah Sesyen Tawau.

Dalam masa yang sama, Hari bertemu Pelanggan melibatkan tiga agensi di bawah Kluster Parlimen dan Undang-Undang iaitu Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) turut diadakan di Tingkat 6, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Tawau. Pengisian Hari Bertemu Pelanggan ini melibatkan aktiviti pameran, kaunter perkhidmatan iaitu Klinik Bantuan Guaman dan Khidmat Pengurusan Kebankrapan bagi membolehkan orang ramai berurusan secara terus dengan JBG dan MdI.

Dalam pada itu, dua slot ceramah bertajuk Khidmat Pendamping Guaman Bagi Kes Jenayah Seksual Kanak-Kanak disampaikan oleh Puan Aznika binti Mohd Anas, Pengarah Bahagian Peguam Panel dan Pendamping Guaman, JBG dan satu lagi ceramah bertajuk Kebankrapan : Satu Stigma disampaikan oleh Puan Naliatul Huzaimi binti Ab Rasip, Penolong Kanan Pengarah Bahagian Kebankrapan, MdI. Ceramah dihadiri kira-kira 44 orang peserta terdiri daripada kakitangan awam dari pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan sekitar Tawau.

1

YB Dato’ Takiyuddin bin Haji Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) ketika meninjau ruang penyimpanan fail di Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Tawau

2

YB Dato’ Takiyuddin bin Haji Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) menandatangani buku pelawat sejurus ketibaan beliau di Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Tawau. Turut sama ialah YBhg. Dato’ Anita binti Harun, Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (kiri) dan Tuan Mohd Nazri bin Omran, Pengarah Insolvensi Sabah (kanan)

 

3

YB Dato’ Takiyuddin bin Haji Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) ketika meninjau tapak cadangan Mahkamah Baharu Tawau

4

YB Dato’ Takiyuddin bin Haji Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) mengikuti perbicaraan yang diadakan di dalam Mahkamah Bergerak atau Mobile Court

 

5

Khidmat Pengurusan Kebankrapan ditawarkan secara terus kepada orang ramai yang berurusan dengan Jabatan Insolvensi Malaysia

 

6

Orang ramai berpeluang mendapatkan khidmat nasihat bantuan guaman secara terus di Kaunter Jabatan Bantuan Guaman sempena Hari Bertemu Pelanggan, Jelajah MyLAW@TAWAU bertempat di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Tawau

 

7

Salah seorang pelanggan turut bergambar bersama petugas kaunter Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) sempena Hari Bertemu Pelanggan, Jelajah MyLAW@TAWAU di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Tawau

LAWATAN KERJA YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG) KE PROJEK PEMBINAAN MAHKAMAH BAHARU AMPANG

Ampang, 22 Julai – YB Dato’ Takiyuddin Haji Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Pembinaan Mahkamah Baharu Ampang, Selangor pada hari ini. Sejurus ketibaan beliau, YB Menteri telah diberi taklimat mengenai kemajuan projek yang disampaikan oleh Encik Ir. Mohd Shahril Mohd Said, Jurutera Daerah Hulu Langat sebelum dibawa melawat ke tapak projek.

Projek pembinaan Mahkamah Baharu Ampang ini melibatkan pembinaan satu blok bangunan empat tingkat yang terdiri daripada empat Mahkamah Sesyen dan enam Mahkamah Majistret di tanah berkeluasan 2.56 ekar. Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) telah melantik Jabatan Kerja Raya (JKR) selaku agensi pelaksana bagi projek ini yang telah bermula pada 14 Mac 2017 dan dijadualkan siap pada April 2021.

Ketika ini, Mahkamah Ampang beroperasi di Bangunan Aras 1, Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Jalan Pandan Utama, Ampang. Mahkamah Ampang sedia ada hanya mendengar kes-kes jenayah manakala kes-kes sivil di dengar di Mahkamah Sesyen dan Majistret Bangi.

YB Menteri turut berkata bahawa empat buah mahkamah baharu bakal dibina sekiranya mendapat kelulusan Kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 yang akan dibentangkan pada tahun hadapan. Cadangan pembinaan empat buah mahkamah tersebut ialah Mahkamah Baharu Sik, Kedah, Mahkamah Baharu Bachok, Kelantan, Kompleks Mahkamah Baharu Temerloh, Pahang dan Mahkamah Baharu Pengerang, Johor.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah YBrs. Puan Roziah Abudin, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dan YBrs. Tuan Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP).

1

YB Dato’ Takiyuddin Haji Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) diberi taklimat mengenai kemajuan projek yang disampaikan oleh Encik Ir. Mohd Shahril Mohd Said, Jurutera Daerah Hulu Langat

2

YB Dato’ Takiyuddin Haji Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) meninjau kemajuan projek Pembinaan Mahkamah Baharu Ampang

 

3

YB Dato’ Takiyuddin Haji Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) mendengar penerangan daripada YBrs. Puan Roziah Abudin, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) berhubung Projek Mahkamah Baharu Ampang

4

YB Dato’ Takiyuddin Haji Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) diiringi oleh YBrs. Puan Roziah Abudin, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dan YBrs. Tuan Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) di Tapak Projek Mahkamah Baharu Ampang