PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL.11/2017
Putrajaya, 14 Disember – YBhg. Datuk Jalil Marzuki, Ketua Pengarah, BHEUU menyarankan semua warga kerja BHEUU, MdI dan JBG perlu berterusan dan konsisten melaksanakan penambahbaikan mengukur prestasi kerja masing-masing. Ini dapat dilakukan dengan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang bersangkutan dengan bidang tugas agar sentiasa relevan dengan cabaran dan kehendak semasa.
Beliau berharap semua warga kerja dapat terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada Negara dan jabatan dengan membudayakan prestasi kerja cemerlang bagi memenuhi KPI yang ditetapkan. Dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti , penerapan budaya kerja yang produktif, kreatif dan berinovasi mestilah disusuli dengan cepat , tepat dan berintegriti.
Beliau menambah, dengan berbuat demikian ia dapat meningkatkan keyakinan rakyat terhadap prestasi perkhidmatan awam yang efisien dan efektif. Keadaan yang begini dapat melakar kejayaan yang gemilang pada masa akan datang.
Beliau berkata demikian di Perhimpunan Bulanan BHEUU di sini hari ini.
Ucapan oleh YBhg. Datuk Jalil bin Marzuki, Ketua Pengarah BHEUU
Warga BHEUU, MdI dan JBG semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil.11/20117
Warga BHEUU, MdI dan JBG semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil.11/20117
Tahniah kepada Puan Intan Azwani Binti Ahamad, Pembantu Tadbir (P/O), N19
dari Unit Komunikasi korporat sebagai Pekerja Contoh Bulanan BHEUU Kumpulan Pelaksana bagi bulan November 2017
Tahniah kepada Puan Shanur Farrahin Binti Shapri , Pegawai Undang-Undang, L41 dari JBG W.P Kuala Lumpur sebagai Pekerja Contoh Bulanan JBG Kumpulan Pengurusan & Profesional bagi bulan November 2017
Tahniah kepada Puan Norhaniza Binti Mat Zain , ,Pembantu Tadbir (P/O), N19 dari Unit Kewangan Dan Akaun sebagai Pekerja Contoh Bulanan JBG Kumpulan Pelaksana bagi bulan November 2017
Tahniah kepada Puan Siti Zaleha Binti Mohd Salji dari Bahagian Litigasi Dan Nasihat Sivil telah menjadi peminjam buku terbanyak di Perpustakaan BHEUU dari bulan Julai hingga Disember 2017