PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL.5/2016
Berita Terkini | Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil.5/2016 |
Putrajaya, 5 Mei – YBhg. Datuk Mohd Zuki bin Ali, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM mengingatkan warga BHEUU, MdI dan JBG bahawa Malaysia memerlukan pekerja berkemahiran untuk mencapai Wawasan 2020. Beliau berkata pekerja berkemahiran adalah penggerak ekonomi.
Beliau juga menyeru warga BHEUU, MdI dan JBG untuk melaksanakan kerja dengan dedikasi. Ini kerana warga kerja yang berdedikasi penting untuk membawa negara ke arah kemajuan.
“Dalam membawa negara kearah kejayaan, penjawat awam perlu memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawab dengan mahir dan cekap. Kerja yang tidak cekap menjadi tidak efektif”, kata beliau.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Perhimpunan Bulanan BHEUU di sini hari ini.
Ucapan oleh YBhg.Datuk Mohd Zuki bin Ali,
Ketua Pengarah BHEUU
Warga BHEUU, MdI dan JBG semasa Perhimpunan Bulanan
BHEUU Bil.5/2016
Taklimat Akta Pelindungan Pemberi Maklumat – Akta 711
oleh Puan Laila Khalidah binti Ismail, Pengarah Seksyen Dasar.
Tahniah kepada Encik Wan Hasrul Effendy bin Sulaiman,
penerima Hadiah Peminjam Buku Terbanyak bagi Januari – April 2016.