• Laman Utama
  • Info BHEUU
  • Maklumat Korporat
  • Fungsi, Visi, Misi dan Objektif

Fungsi, Visi, Misi & Objektif

Fungsi

  1. Urus setia Lembaga Pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi kes-kes di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya;
  2. Memantau kedudukan perkara pengampunan di tiap-tiap Negeri;
  3. Perancangan dan pembangunan projek mahkamah, Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI);
  4. Pentadbiran Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258] termasuk perkara berkaitan dengan pendaftaran dan pemantauan perbadanan-perbadanan pemegang amanah;
  5. ‘Focal Agency’ bagi pembangunan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP);
  6. Pelantikan anggota, Pelantikan Jawatankuasa Pemilihan dan penyelarasan maklum balas Kerajaan terhadap Laporan Tahunan SUHAKAM;
  7. Pelantikan penasihat Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611];
  8. Pelantikan Pengarah Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur (KLRCA);
  9. Penyelarasan Penguatkuasaan Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 [Akta 676];
  10. Penyelarasan Pelaksanaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711]; dan
  11. Penyelarasan Pelaksanaan Akta Pengantaraan 2012 [Akta 749].

Visi

  • Peneraju terulung kepada kecekapan dan keberkesanan pentadbiran keadilan Negara

Misi

  • Memperkasakan sistem pentadbiran keadilan Negara melalui penyediaan prasarana dan dasar berkaitan perundangan

Objektif

  1. Merancang, melaksana dan memantau projek pembangunan BHEUU, JBG, Mdl dan Mahkamah mengikut piawaian yang ditetapkan.
  2. Menguatkuasakan Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952
  3. Mengoptimumkan keberkesanan dan kecekapan penggunaan sistem ICT di BHEUU, JBG, Mdl dan Mahkamah
  4. Memperkasakan ketelusan tadbir urus kewangan dan ICT
  5. Memperkasakan sumber manusia dan kecekapan pengurusan khidmat korporat.
  6. Membangunkan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia yang lengkap dan komprehensif
  7. Menyelaras proses pengampunan bagi kes-kes rayuan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajayaw dan memantau status kes-kes pengampunan di negeri-negeri.
  8. Menyelaras dan memantau penguatkuasaan Akta-Akta yang dipertanggungjawabkan kepada BHEUU.
  9. Mengurusetiakan:
    • pelantikan anggota Jawatankuasa Pemilihan dan anggota SUHAKAM serta penyelarasan penyediaan buku Maklum Balas Kerajaan Terhadap Laporan Tahunan SUHAKAM;
    • pelantikan penasihat mahkamah bagi kanak-kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001(Akta 611); dan
    • pelantikan Pengarah Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur (PTSKL)/ (KLRCA).

Kemas kini : Mei  2017