Piagam Pelanggan
Kami bertekad & berjanji:
- Menjawab cadangan, pertanyaan dan aduan pelanggan dalam tempoh 3 hari bekerja daripada tarikh diterima;
- Pemberitahuan kelulusan awal dikeluarkan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh semakan PUU lengkap dan memenuhi keperluan Akta 258 diterima;
- Membayar bil dan tuntutan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh dokumen lengkap diterima;
- Penyaluran Waran Peruntukan Pembangunan (DE) dibuat kepada agensi pelaksana dalam tempoh tiga (3) hari bekerja daripada tarikh kelulusan peruntukan;
- Menyediakan perkhidmatan rangkaian dan sistem aplikasi komputer dengan kebolehcapaian tidak kurang 99%.
Tarikh kemas kini 22 Ogos 2017