• Laman Utama
  • Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta711]
  • Sepintas Lalu Mengenai Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010

SEPINTAS LALU MENGENAI AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010

Latar Belakang
 
  • Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711] telah diluluskan di Parlimen pada 6 Mei 2010.
 
  • Akta 711 ini akan dilaksanakan oleh semua Agensi yang mempunyai kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan.
   
Huraian Akta
 
  • Akta 711 ini bertujuan untuk membanteras salah laku dalam sektor awam dan sektor swasta terutamanya salah laku berkaitan gejala rasuah.
 
  • Akta ini menggalakkan dan memudahkan orang awam untuk mendedahkan sebarang perbuatan rasuah dan salah laku lain yang termasuk di bawah kelakuan tidak wajar di bawah Akta ini.
 
  • Akta ini turut memperuntukkan perlindungan kepada pemberi maklumat iaitu perlindungan melibatkan maklumat sulit pemberi maklumat, perlindungan terhadap tindakan yang memudaratkan serta kekebalan daripada tindakan sivil dan jenayah yang mungkin dihadapi oleh pemberi maklumat setelah membuat pendedahan kepada Agensi Penguatkuasaan.
 
  • Akta ini jua memberi kuasa kepada Agensi Penguatkuasaan untuk menjalankan penyiasatan terhadap kelakuan tidak wajar dan terhadap aduan tindakan yang memudaratkan serta memberi kuasa kepada pihak mahkamah untuk membuat perintah bagi Remedi.
   
Tafsiran Penting
  Agensi Penguatkuasaan
  • Mana-mana kementerian, jabatan atau agensi di peringkat persekutuan dan negeri yang mempunyai kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan di bawah mana-mana undang-undang sedia ada. Sebagai contoh PDRM, SPRM, JPJ, Imigresen, Kastam, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain.
  Pemberi Maklumat
  • Orang yang membuat pendedahan kelakuan tidak wajar kepada Agensi Penguatkuasaan sama ada secara lisan atau bertulis.
  Kelakuan Tidak Wajar
  • Apa-apa kelakuan yang jika terbukti, menjadi suatu kesalahan tatatertib atau kesalahan jenayah.
  Tindakan Yang Memudaratkan
  • Tindakan yang menyebabkan kecederaan, kehilangan atau kerosakan, ugutan, gangguan terhadap pekerjaan/ mata pencarian mana-mana orang.
   
Tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan
 
  • Menerima dan menyiasat pendedahan kelakuan tidak wajar;
  • Menguatkuasakan perlindungan kepada pemberi maklumat;
  • Menerima dan menyiasat aduan mengenai tindakan yang memudaratkan;
  • Menguruskan aduan tindakan yang memudaratkan;
  • Memaklumkan hasil siasatan kepada pemberi maklumat; dan
  • Mengemukakan laporan secara berkala kepada YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
   
Remedi boleh dipohon dalam bentuk
 
  • Ganti rugi atau pampasan;
  • Injunksi; atau
  • Apa-apa relief lain yang difikirkan patut oleh mahkamah.
   
Tarikh kuatkuasa
  YB Menteri di JPM telah bersetuju Akta ini dikuatkuasa pada 15 Disember 2010
   
Senarai (5) Agensi Penguatkuasaan Utama
 
Polis Di Raja Malaysia (PDRM)
  • Tel : 03-2031 9999 / 03-2266 3333 / 03-2266 2222
  • Faks : 03-2070 7500
  • E-Mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Laman Web : http://www.rmp.gov.my
Kastam Di Raja Malaysia
  • Tel : 03-88822100 / 2300 / 2500
  • Faks : 03-8889 5901 / 5899
  • E-Mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Laman Web : http://www.customs.gov.my
  • Call centre : 03-7806 7200
   
Jabatan Imigresen Malaysia
  • Tel : 03 8880 1000
  • Faks : 03 8881 2000
  • E-Mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Laman Web : http://www.imi.gov.my
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  • Tel : 03 8888 4244 / 03 8886 6400
  • Faks : 03 8888 9645
  • E-Mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Laman Web : http://www.jpj.gov.my
   
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
  • Tel : 03 8886 7000
  • Faks : 03 8888 9562
  • E-Mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Laman Web : http://www.sprm.gov.my
  • Tel aduan : 03 8886 7546
  • Talian bebas tol: 1-800-88-6000
 
   
Agensi Penyelaras
  Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri
  • Telefon : 03-8885 1000
  • Faks : 03-8885 1048/ 1088/ 1993
  • Email :Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Laman Web :http://www.bheuu.gov.my