• Laman Utama
  • Arkib
  • Berita
  • 2015-2014
  • TATACARA PELAKSANAAN PEMBAYARAN ZAKAT PENDAPATAN MELALUI POTONGAN GAJI PEGAWAI AWAM BERAGAMA ISLAM DI WILAYAH PERSEKUTUAN

TATACARA PELAKSANAAN PEMBAYARAN ZAKAT PENDAPATAN MELALUI POTONGAN GAJI PEGAWAI AWAM BERAGAMA ISLAM DI WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA, 10 Oktober 2015 – Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang telah menganjurkan Ceramah Keutuhan bertajuk “ Tatacara Pelaksanaan Pembayaran Zakat Pendapatan Melalui Potongan Gaji Pegawai Awam Beragama Islam Di Wilayah Persekutuan”. Ceramah tersebut disampaikan oleh Encik Mohd Jasri Mohd Nazar, Pengurus Unit Khidmat Pelanggan, Pusat Pungutan Zakat.

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah.

Dari segi siasah dan maslahah, zakat merupakan pemangkin kepada ekonomi umat Islam. Peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pemerintah atau Ulil Amri adalah demi menjaga hak dan kepentingan zakat tersebut. Walaupun dari segi syarak, mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui pemerintah adalah sah sekiranya diagihkan kepada asnaf yang layak, tetapi perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam perkara kebaikan adalah berdosa, kerana di dalam Islam patuh dan taat kepada pemerintah atau Ulil Amri dalam perkara kebaikan adalah wajib.

Mengenai hukum Qada Zakat, ia wajib dilakukan bagi zakat yang telah memenuhi syarat wajib yang tidak ditunaikan pada masa yang sepatutnya.

Adalah dianggarkan seramai 100 orang warga BHEUU, JBG dan Mdl telah menghadiri ceramah tersebut.

01 TATACARA PEMBAYARAN ZAKATPenceramah, Encik Mohd Jasri Mohd Nazar, Pengurus Unit Khidmat Pelanggan, Pusat Pungutan Zakat


 02 TATACARA PEMBAYARAN ZAKAT
03 TATACARA PEMBAYARAN ZAKAT
Warga BHEUU, JBG dan Mdl yang berkunjung ke kaunter zakat untuk urusan potongan gaji

 

04 TATACARA PENGURUSAN ZAKAT
05 TATACARA PEMBAYARAN ZAKAT
Antara warga BHEUU, JBG dan Mdl yang hadir ke ceramah keutuhan