• Laman Utama
  • Arkib
  • Berita
  • 2015-2014
  • HARI INOVASI DAN KECEMERLANGAN JABATAN PERDANA MENTERI (HIK JPM) TAHUN 2015

HARI INOVASI DAN KECEMERLANGAN JABATAN PERDANA MENTERI (HIK JPM) TAHUN 2015

PUTRAJAYA, 29 September 2015 – Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri (HIK JPM) bagi tahun 2015 telah diadakan pada 29 September 2015 di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Majlis bersejarah ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Kumpulan KIK V@4 dari Seksyen Pembangunan, BHEUU dengan projek bertajuk ‘Kesukaran Mencari Maklumat Tanah’ telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Persembahan Paling Kreatif dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Jabatan Perdana Menteri Tahun 2015 yang telah diadakan pada 15 hingga 16 Jun 2015 yang lalu. Sambutan Hari Inovasi dan Kecemerlangan kali ini memberi tumpuan kepada usaha menyemarakkan pembudayaan inovasi dan kecemerlangan dalam kalangan warga JPM ke arah menjadikan perkhidmatan awam Malaysia disegani di persada antarabangsa selaras dengan tema, 'Kecemerlangan Inovasi, Merentas Globalisasi.'

1HARI INOVASI DAN KECEMERLANGAN JPM 2015

Datuk Mohd. Zuki bin Ali, Ketua Pengarah BHEUU Dan En. Sahrun Amzah wakil Kumpulan V@4 Menerima Anugerah Persembahan Paling Kreatif