• Laman Utama
  • Arkib
  • Berita
  • 2015-2014
  • PERASMIAN MAJLIS BERSAMA PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO) DAN MASYARAKAT SIVIL (CSO) DALAM MENJAYAKAN KAJIAN DASAR PEMBANGUNAN PELAN TINDAKAN HAK ASASI MANUSIA KEBANGSAAN (NHRAP)

PERASMIAN MAJLIS BERSAMA PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO) DAN MASYARAKAT SIVIL (CSO) DALAM MENJAYAKAN KAJIAN DASAR PEMBANGUNAN PELAN TINDAKAN HAK ASASI MANUSIA KEBANGSAAN (NHRAP)

Bangi, 13 November – YB Hajah Nancy Shukri berkata Pembangunan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan atau National Human Rights Action Plan (NHRAP) bagi Malaysia adalah penting selaras dengan perkembangan dunia pada masa sekarang. Beliau berkata ia adalah penting kerana dalam era globalisasi sekarang, pelanggaran hak asasi manusia oleh sesuatu pihak pasti ada kesannya kepada pihak yang lain.

Beliau berkata, di Malaysia tidak terdapat isu pelanggaran hak asasi manusia yang sangat serius seperti pembunuhan beramai-ramai atau kekejaman seperti di beberapa buah negara pada masa ini. Tetapi Malaysia mempunyai isu-isu hak asasi manusia sendiri yang perlu ditangani.

Beliau juga berkata Malaysia telah dinilai tahap penjagaan dan pemeliharaan hak asasi manusia oleh badan antarabangsa iaitu United Nations Human Rights Council (UNHRC) setiap 4 tahun melalui proses Universal Periodic Review (UPR). Pada tahun 2009, Malaysia menerima cadangan untuk menambah baik kualiti penjagaan hak asasi manusia termasuk untuk mengadakan sebuah NHRAP sendiri.

Beliau menambah NHRAP akan mangambil kira pandangan serta idea berkenaan untuk dimasukkan ke dalam pelan itu kerana ia merupakan cermin kehendak masyarakat.

Beliau berkata demikian semasa perasmian Majlis Bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Masyarakat Sivil (CSO) dalam menjayakan Kajian Dasar Pembangunan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP) di sini hari ini.

Perasmian Majlis Bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Dan Masyarakat Sivil (CSO) Dalam Menjayakan Kajian Dasar Pembangunan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP).