CERAMAH KEUTUHAN "PERJUANGAN 152" SEMPENA BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2014

PUTRAJAYA, 16 Oktober – Satu Program Ceramah Keutuhan Bahasa bertajuk “Perjuangan 152” bersempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan 2014 Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya anjuran Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dan Dewan Bahasa dan Pustaka telah diadakan di Dewan Harmoni, BHEUU. Ceramah telah disampaikan oleh YBhg. Prof Datin Paduka Datuk Dr. Hajjah Ramlah Adam.

Ceramah ini diadakan bersempena dengan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) yang disambut pada bulan Oktober pada setiap tahun. Objektif utama ceramah ini diadakan adalah untuk membangkitkan semangat memperjuangkan bahasa Kebangsaan serta menyemarakkan dan seterusnya memartabatkan bahasa Kebangsaan dalam pelbagai aspek dan bidang yang boleh memaju ke arah kelestarian Bahasa Melayu sebagai bahasa kelas dunia yang praktikal dan realistik.

Dianggarkan seramai 200 orang Pegawai dan kakitangan BHEUU, Jabatan Bantuan Guaman dan Jabatan Insolvensi Malaysia menghadiri ceramah tersebut termasuk Yang Berbahagia Datin Noor Haliza Mohd Noor, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Pembangunan), BHEUU, Puan Noor Hadina Ahmad Zabidi, Timbalan Ketua Pengarah (Syariah) Jabatan Bantuan Guaman dan Puan Aslina Joned, Timbalan Ketua Pengarah (Sivil), Jabatan Bantuan Guaman. Wakil daripada pelbagai Agensi Kerajaan seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia turut menghadiri ceramah tersebut.

 

gsg

Sesi bergambar bersama Penceramah, YBhg. Prof Datin Paduka Datuk  Dr. Hajjah Ramlah Adam

bterkini

bterkini2

Pegawai dan kakitangan BHEUU, JBG dan MDl serta wakil daripada agensi kerajaan lain yang turut hadir

 

 

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • KD
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI