PUTRAJAYA 11 NOVEMBER 2013 – Perhimpunan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Bulan November   telah berlangsung pada     7 November 2013. YBrs. Tuan Haji Adnan Ibon , Timbalan Ketua Pengarah  (Pengurusan), Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang  dalam ucapannya merakamkan penghargaan terima kasih atas jasa dan bakti sepanjang berkhidmat di BHEUU dan JBG kepada YBhg. Dato’ Mohd. Rosli Ramli, bekas Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Pembangunan BHEUU) yang telah bertukar  ICU JPM dan Tuan Wan Jeffry Kasim, Timbalan Ketua Pengarah (Sivil) Jabatan Bantuan Guaman yang telah bertukar ke Pejabat Penasihat Undang-Undang Perlis. 

Beliau dalam ucapannya juga mengingatkan bahawa kerajaan memandang serius isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 dan penubuhan jawatankuasa khas dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara bagi menyiasat serta mengambil tindakan tegas ke atas salah laku penjawat awam.
Menurut beliau lagi, Kerajaan telah membuat banyak penambahbaikan terhadap perkhidmatan awam antaranya melalui pengumuman bajet 2014 seperti pemberian bonus  dan menambah baik 81 skim perkhidmatan awam pelbagai peringkat. Sehubungan itu, beliau mengingatkan warga BHEUU, JBG dan MdI agar melaksanakan tugas dengan komited dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang sebagai penjawat awam.

 

1PERHIMPUNAN BHEUU BULAN NOVEMBER 2013

Ucapan oleh Tuan Haji Adnan Ibon, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) BHEUU

 

2PERHIMPUNAN BHEUU BULAN NOVEMBER 2013

Selamat Datang kepada Tuan Abdul Rasid Sudin, Timbalan Ketua Pengarah (Sivil) Jabatan Bantuan Guaman

 

3PERHIMPUNAN BHEUU BULAN NOVEMBER 2013 4PERHIMPUNAN BHEUU BULAN NOVEMBER 2013  5PERHIMPUNAN BHEUU BULAN NOVEMBER 2013

Tahniah kepada penerima Anugerah Pekerja Contoh BHEUU, JBG dan MdI

 

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • KD
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI