PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL.11/2017

Putrajaya, 14 Disember – YBhg. Datuk Jalil Marzuki, Ketua Pengarah, BHEUU menyarankan semua warga kerja BHEUU, MdI dan JBG perlu berterusan dan konsisten melaksanakan penambahbaikan mengukur prestasi kerja masing-masing. Ini dapat dilakukan dengan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang bersangkutan dengan bidang tugas agar sentiasa relevan dengan cabaran dan kehendak semasa.

Beliau berharap semua warga kerja dapat terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada Negara dan jabatan dengan membudayakan prestasi kerja cemerlang bagi memenuhi KPI yang ditetapkan. Dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti , penerapan budaya kerja yang produktif, kreatif dan berinovasi mestilah disusuli dengan cepat , tepat dan berintegriti.

Beliau menambah, dengan berbuat demikian ia dapat meningkatkan keyakinan rakyat terhadap prestasi perkhidmatan awam yang efisien dan efektif. Keadaan yang begini dapat melakar kejayaan yang gemilang pada masa akan datang.

Beliau berkata demikian di Perhimpunan Bulanan BHEUU di sini hari ini.

1

Ucapan oleh YBhg. Datuk Jalil bin Marzuki, Ketua Pengarah BHEUU

 

2

 Warga BHEUU, MdI dan JBG semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil.11/20117

 

3

Warga BHEUU, MdI dan JBG semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil.11/20117

 

4

Tahniah kepada Puan Intan Azwani Binti Ahamad, Pembantu Tadbir (P/O), N19
dari Unit Komunikasi korporat sebagai Pekerja Contoh Bulanan BHEUU Kumpulan Pelaksana bagi bulan November 2017

 

5

Tahniah kepada Puan Shanur Farrahin Binti Shapri , Pegawai Undang-Undang, L41 dari JBG W.P Kuala Lumpur sebagai Pekerja Contoh Bulanan JBG Kumpulan Pengurusan & Profesional bagi bulan November 2017

 

6

Tahniah kepada Puan Norhaniza Binti Mat Zain , ,Pembantu Tadbir (P/O), N19 dari Unit Kewangan Dan Akaun sebagai Pekerja Contoh Bulanan JBG Kumpulan Pelaksana bagi bulan November 2017

 

7

Tahniah kepada Puan Siti Zaleha Binti Mohd Salji dari Bahagian Litigasi Dan Nasihat Sivil telah menjadi peminjam buku terbanyak di Perpustakaan BHEUU dari bulan Julai hingga Disember 2017

PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL.10/2017

Putrajaya, 16 November – YBhg. Datuk Haini binti Hassan, Ketua Pengarah JBG berkata semua warga kerja perlu menerbitkan rasa seronok bekerja agar kehidupan seharian menjadi ceria dan gembira. Setiap pekerjaan yang dilakukan harus dijadikan cabaran supaya kemahiran dapat ditingkatkan.

Keseronokan bekerja dapat meningkatkan produktiviti. Keseronokan bekerja juga banyak dipengaruhi oleh sikap seseorang terhadap pekerjaan.

Beliau menambah setiap pekerja bukan sahaja harus mempunyai tekad untuk memberi perkhidmatan yang jujur dan cemerlang, tetapi harus menanam sikap ingin memperbaiki kerja dengan meningkatkan kemahiran. Beliau juga mengingatkan keinginan mencuba idea baru atau cara baru akan menimbulkan keseronokan bekerja. Daya kreatif seseorang dapat ditingkatkan dengan pendedahan terhadap perkembangan baru dalam bidang kerjaya.

Beliau berkata demikian di Perhimpunan Bulanan Bheuu di sini hari ini.

1

Ucapan oleh YBhg. Datuk Haini binti Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman

 

2

 Pegawai dan Kakitangan BHEUU, MdI dan JBG semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil.10/2017

 

3

Tahniah kepada Puan Syahidah Binti Ahmad Jamalluddin , Pegawai Tadbir dan Diplomatik (M41) dari Seksyen Dasar yang dipilih sebagai Pekerja Contoh Bulanan BHEUU bagi bulan Oktober 2017

 

4

Tahniah kepada Puan Sharifah binti Saad , Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) (N22) dari Seksyen Pengurusan Sumber Manusia yang dipilih sebagai Pekerja Contoh Bulanan BHEUU bagi bulan Oktober 2017

BERITA PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU-LAGU PUISI PERINGKAT BHEUU 2017

PUTRAJAYA, 31 Oktober – Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dengan kerjasama Dewan Bahasa Dan Pustaka serta Kelab Sukan dan Kebajikan BHEUU telah dengan jayanya mengadakan Pertandingan Nyanyian Lagu-Lagu Puisi Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2017 di sini hari ini. YBhg. Datuk Jalil bin Marzuki, Ketua Pengarah BHEUU telah menyampaikan hadiah pada majlis tersebut kepada semua pemenang.

Johan dimenangi oleh Encik Hillary Anak Sut dari Jabatan Insolvensi Malaysia, Naib Johan dimenangi oleh Encik Amir Shah bin Abu Adam dari BHEUU dan tempat ketiga dimenangi oleh Puan Shuhaila binti Mohd Rawi dari BHEUU.

Pertandingan Nyanyian Lagu-Lagu Puisi Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2017 telah mencapai objektifnya untuk menyampaikan penghayatan peserta tentang bidang bahasa dan sastera, kehalusan seni Bahasa dan bahasa yang boleh dijadikan hiburan dan pengetahuan seni bahasa

1

Deklamasi Sajak Oleh Tuan Syarifuddin Bin Abdul Rasa, Pengarah Insolvensi

 

2

Persembahan Johan dari Encik Hillary anak sut

 

3

Persembahan Naib Johan Dari Encik Amir Shah Bin Abu Adam

 

4

Persembahan Tempat Ketiga Dari Puan Siti Shuhaila Binti Mohd Rawi

 

5

Antara persembahan peserta

 

6

Persembahan Deklamasi Puisi Dari Puan Mahazan Binti Mohd Taib,
Timbalan Ketua Pengarah (Sivil), JBG

 

7

Antara penerima cabutan bertuah sumbangan dari KSK BHEUU

 

8

Antara penerima cabutan bertuah sumbangan dari KSK BHEUU

 

9

Barisan Panel Juri Dari Dewan Bahasa dan Pustaka

 

10

 

11

 

12

 

13

 

14

Para peserta dan pemenang menerima sijil dan hadiah daripada
YBhg. Datuk Jalil bin Marzuki, Ketua Pengarah BHEUU

 

PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL.9/2017

Putrajaya, 9 Oktober – YBhg. Datuk Abdul Rahman Putra Dato Haji Taha, Ketua Pengarah Insolvensi menyeru semua warga kerja BHEUU, MdI dan JBG berhijrah daripada keburukan kepada kebaikan dalam setiap sudut kehidupan. Penghijrahan yang dimaksudkan bukan hanya yang berbentuk fizikal tetapi hijrah untuk mengubah cara berfikir dan tingkah laku ke arah yang lebih baik.

Beliau berkata, perubahan-perubahan yang dilakukan hendaklah secara istiqamah atau konsisten. Ianya hendaklah juga diasaskan di atas semangat melakukan transformasi minda dan budaya hidup yang berteraskan nilai-nilai murni.

Beliau mengingatkan semua warga kerja bahawa pada masa kini, hanya terdapat dua pilihan, sama ada berubah atau rebah. Beliau berkata, di era kepesatan teknologi ekonomi digital, ledakan produk inovasi kini mampu menyebabkan sesuatu perniagaan atau keseluruhan produk dan pasaran boleh dicipta dan dimusnahkan dalam satu malam atau sekelip mata sahaja.

Beliau menambah, pada 20 tahun lalu, tiada siapa pernah menjangka dan membayangkan suatu hari nanti akan wujud idea-idea baru seperti smartphone, Facebook, Whatsapp yang menenggelamkan perkhidmatan sms, faks, telegram dan perkhidmatan pager. Justeru, walaupun perubahan atau transformasi itu sukar namun ianya pasti akan berlaku dan harus ada titik permulaannya dalam menghadapi tahun 2050.

1

Ucapan oleh YBhg. Datuk Abdul Rahman Putra Dato Haji Taha, Ketua Pengarah Insolvensi

 

2

 Warga BHEUU, MdI dan JBG semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil. 9/2017

 

3

Warga BHEUU, MdI dan JBG semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil. 9/2017

 

4

Tahniah kepada Encik Mohd Khairi Mansor, Pegawai Teknologi Maklumat dari Seksyen Pengurusan Maklumat yang dipilih sebagai Pekerja Contoh Bulanan BHEUU bagi bulan September 2017 bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional

BENGKEL PEMURNIAN GARIS PANDUAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG

PUTRAJAYA, 28 September – Bengkel Pemurnian Garis Panduan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) telah diadakan selama dua hari bermula pada 27 – 28 September 2017 dengan jayanya. YBrs. Tuan Harun bin Jantan daripada Bahagian GST, Ibu Pejabat Jabatan Kastam DiRaja Malaysia telah dijemput sebagai penceramah semasa sesi bengkel tersebut.

Bengkel ini juga telah dihadiri oleh lima puluh tiga (53) peserta yang terdiri daripada Pengarah-Pengarah Seksyen, Jawatankuasa Latihan, Jawatankuasa Audit Dalam EKSA, Jawatankuasa Promosi dan ketua-ketua sektor yang dilantik.

Tujuan BHEUU menganjurkan bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua yang hadir sekaligus meningkatkan kemahiran serta mendapatkan penglibatan secara menyeluruh dari semua pihak dalam penambahbaikan Garis Panduan EKSA BHEUU.

Adalah menjadi harapan BHEUU agar Garis Panduan ini dijadikan panduan kepada warga BHEUU dalam mengamalkan EKSA seharian. Dalam masa yang sama. Ia boleh dijadikan platform untuk mendapatkan pensijilan EKSA dari Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) pada tahun ini.

1

Perasmian bengkel oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) BHEUU

 

2

Sesi perkongsian ilmu oleh penceramah

 

3

Sesi perbincangan dalam kumpulan

 

4

Sesi perbincangan dalam kumpulan

 

5

Sesi pembentangan oleh setiap kumpulan

 

6

Sesi bergambar dengan peserta bersama penceramah

  • 1
  • 2