KURSUS PENGAUDITAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DI PERINGKAT BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG

PUTRAJAYA 5 Mei – Kursus Pengauditan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di Peringkat Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) telah diadakan selama dua hari bermula pada 4 – 5 Mei 2017 dengan jayanya. YBrs. Tuan Harun bin Jantan daripada Bahagian GST, Ibu Pejabat Jabatan Kastam DiRaja Malaysia telah dijemput sebagai penceramah semasa sesi kursus tersebut.

Kursus ini juga telah dihadiri oleh empat puluh dua (42) peserta yang terdiri daripada Jawatankuasa Latihan, Jawatankuasa Audit Dalam EKSA, Jawatankuasa Promosi dan ketua-ketua sektor yang dilantik.

Inisiatif BHEUU menganjurkan kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua yang hadir sekaligus meningkatkan kemahiran serta kecekapan Jawatankuasa Audit BHEUU dalam merancang, menilai dan melaporkan dapatan audit EKSA.

Adalah menjadi harapan BHEUU untuk mendapatkan pensijilan EKSA dari Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) pada tahun ini dengan penerapan nilai-nilai EKSA hasil dari kursus tersebut.

1

Sesi taklimat dan perkongsian ilmu oleh penceramah.

 2

Sesi pembentangan dapatan pengauditan BHEUU.

3

Sesi Soal Jawab bersama penceramah.

 

4

Penyampaian cenderahati kepada penceramah oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) BHEUU.

5

Sesi bergambar dengan peserta kurus bersama penceramah.

 

Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil.4/2017

Putrajaya, 13 April – YBhg. Datuk Jalil Marzuki, Ketua Pengarah BHEUU mengajak semua warga kerja melakukan transformasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Beliau berkata bagi mencapai sesuatu kejayaan atau matlamat, kita harus melaksanakan sesuatu dengan cara yang berbeza dari kebiasaan.

Beliau memetik kata-kata hikmah Albert Einstein; “Insanity : doing the same thing over and over again and expecting different result”. Beliau juga menyatakan Usain Bolt, jaguh pecut olimpik berkata, beliau lakukan kerja keras yang berterusan untuk menjadi pelari pecut terpantas di dunia.

Beliau berkata Usain Bolt sedar bahawa bakat sahaja tidak mencukupi untuk beliau memenangi sebarang kejuaraan, sekiranya beliau hanya bergantung kepada bakat, beliau akan ketinggalan berbanding dengan pesaingnya. Atas kesedaran ini, Usain Bolt berlatih dengan penuh dedikasi dan disiplin selama 9 hingga 10 bulan setiap tahun.

Beliau berkata Jack Ma, yang mewakili syarikat e-commerce yang terbesar di dunia menyatakan kegagalan bukan batu penghalang untuk berjaya malahan ia merupakan satu latihan untuk menganalisa dan memperbaiki kelemahan diri serta tidak mudah patah semangat semasa berada di waktu sukar. Beliau berkata kisah Jack Ma adalah merupakan kisah ‘From Rags to Riches’.

Beliau berkata demikian di Perhimpunan Bulanan BHEUU di sini hari ini.

1

Ucapan oleh YBhg. Datuk Jalil bin Marzuki, Ketua Pengarah BHEUU.

 2

Warga BHEUU, MdI dan JBG semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil.4/2017.


3

Warga BHEUU, MdI dan JBG semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil.4/2017.

 

4

Tahniah kepada Encik Faizal bin Mat Deris, Pen. Peg. Teknologi Maklumat Gred FA 29 dari Seksyen Pengurusan Maklumat sebagai Pekerja Contoh Bulanan BHEUU Kumpulan Pelaksana bagi bulan Mac 2017.

 

5

Tahniah kepada Kumpulan Masyarat Majmuk dipilih sebagai johan pertandingan Futsal anjuran KSK BHEUU.

 

Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil3/2017

Putrajaya, 14 Mac – YBhg. Datuk Haini binti Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman mengingatkan semua warga kerja BHEUU, MdI dan JBG supaya berhati-hati menggunakan kemudahan media sosial. Ini kerana berjuta-juta orang menggunakan media sosial pada masa kini iaitu melalui Facebook, Twitter dan lain-lain. Ini kerana dibimbangi warga kerja BHEUU, MdI dan JBG turut terheret dalam penyebaran berita palsu dan fitnah.

Beliau berkata semua warga kerja perlu menggunakan media sosial secara berhemah. Kedudukan sebagai penjawat awam memerlukan ketaatan kepada Kerajaan masa kini (government of the day). Tambahan pula dari segi imej Kerajaan, penjawat awam tidak boleh memperlekehkan apa yang dilakukan oleh Kerajaan.

Beliau berkata, sekiranya tidak sependapat dengan Kerajaan, penjawat awam boleh memberi cadangan melalui saluran yang betul. Beliau menambah setiap penjawat awam bertanggungjawab dan perlu amanah dalam menjaga imej Kerajaan.

“Perbuatan menularkan imej-imej tertentu dibimbangi boleh mengancam keselamatan Negara,” tambah beliau. Beliau mengingatkan semua warga kerja BHEUU, MdI dan JBG bahawa jika didapati bersalah menularkan imej-imej yang boleh menggugat keselamatan Negara, tindakan tatatertib boleh dikenakan ke atas sesiapa yang menularkan imej-imej palsu atau fitnah.

Beliau berkata demikian semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU di sini hari ini.

1

Ucapan oleh YBhg. Datuk Haini binti Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman.

 2

Warga BHEUU, MdI dan JBG semasa
Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil.3/2017.


3

Warga BHEUU, MdI dan JBG semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil.3/2017.

 

4

Puan Ismi Azura Istear Khan dari Perbadanan Putrajaya menyampaikan Taklimat Kesedaran Kitar Semula.

 

PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL.2/2017

Putrajaya, 14 Februari – YBhg. Datuk Abdul Rahman Putra bin Dato’ Haji Taha, Ketua Pengarah Insolvensi (MdI) berkata bahawa baru – baru ini negara telah digemparkan dengan beberapa kes rasuah berprofil tinggi yang melibatkan penjawat awam. Beliau berkata, bahawa ini melibatkan sebahagian kecil sahaja penjawat awam. Justeru semua warga kerja BHEUU, MdI dan JBG disarankan melaksanakan tugas dengan ketulusan dan penuh integriti.

Beliau menekankan bahawa semua warga kerja perlu memberi fokus kepada kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Ini bermakna segala projek dan program yang dirancang hendaklah sampai kepada rakyat dan mempunyai nilai tambah.

Beliau menambah, kepuasan hati pelanggan amatlah penting. Kepuasan hati pelanggan menunjukkan peningkatan penyampaian perkhidmatan. Sekiranya pelanggan berpuas hati, warga kerja akan berasa gembira kerana ia mengurangkan aduan dan ketidakpuasan ke atas perkhidmatan.

Beliau berkata demikian semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU bagi bulan Februari di sini hari ini.

1

Ucapan oleh YBhg.Datuk Abdul Rahman Putra Bin Dato’ Haji Taha,
Ketua Pengarah MdI

 2

Warga BHEUU, MdI dan JBG semasa
Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil. 2/2017


3

Tahniah kepada
Puan Puan Rafidah binti Shukor, Pembantu Tadbir Kewangan W17, dari Seksyen Kewangan yang dipilih sebagai Pekerja Contoh Bulanan BHEUU bagi bulan Disember 2016

 

4

Tahniah kepada MdI Ialah Puan Hasni Adura binti Abd Jabar , Penolong Pegawai undang-undang dari Bahagian Likuidasi ,Ibu pejabat MdI Pekerja Contoh Tahunan  2016

 

5

Tahniah Kepada Pemenang Kejohanan Ping Pong 2017 Anjuran Biro Sukan, KSK BHEUU.

AMANAT TAHUN BARU 2017 YB DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID

Putrajaya, 17 Januari – YB Dato’ Sri Azalina Othman Said mengingatkan penjawat awam khususnya warga kerja BHEUU, Mdi dan JBG berhati – hati sekiranya mereka mengutarakan mesej dalam media sosial. Sikap berhati – hati dapat menyelamatkan banyak keadaan.

Menurut beliau, penjawat awam seharusnya menunjukkan tahap prefesionalisme yang tinggi atas sebab mereka mewakili pihak kerajaan hari ini. Ini bagi mengelakkan perbuatan memfitnah, walaupun mesej merupakan jenaka.

“Jika anda mempunyai pandangan tersendiri, simpan di dalam hati. Ia adalah pandangan anda dan Malaysia adalah negara demokratik”.
Beliau mengingatkan warga kerja supaya tidak membuat andaian bahawa perilaku mereka tidak diketahui.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Tahun Baru 2017 di sini hari ini.

1

Amanat Tahun Baru 2017 oleh YB Dato’ Sri Azalina Othman Said,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

 2

3

Warga BHEUU, MdI dan JBG semasa Amanat Tahun Baru 2017

4

YB Dato’ Sri Azalina Othman Said merasmikan Pelancaran Video Korporat JBG
di Amanat Tahun Baru 2017.

  • 1
  • 2