• Home
  • Archives
  • News
  • 2015-2014
  • BENGKEL KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)
Berita Terkini bullet go Bengkel Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK)

PUTRAJAYA, 5 Mei 2014 – Bengkel KIK BHEUU telah diadakan di Dewan Harmoni, Aras 2, BHEUU pada 5 hingga 6 Mei 2014. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Unit Inovasi, BHEUU. Seramai 50 orang peserta yang terdiri dari Pegawai dan kakitangan BHEUU telah menghadiri bengkel ini. Pemudahcara adalah En Jayaselan A/L Navaratnam dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Objektif bengkel ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta memahami keperluan KIK secara holistik agar para peserta KIK dapat memantapkan kemahiran dalam mengenal pasti projek dan penyediaan dokumentasi KIK yang lebih berkualiti.

1BENGKEL KIK 2014

Sesi Bergambar Rombongan Bengkel KIK BHEUU bersama Penceramah En. Jayaselan A/L Navaratnam dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

 

2BENGKEL KIK 2014

Penceramah En. Jayaselan A/L Navaratnam sedang memberi penerangan mengenai KIK