• Home
  • Archives
  • News
  • 2015-2014
  • TAKLIMAT AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 [AKTA 711], TAKLIMAT KEBANKRAPAN DAN TAKLIMAT BANTUAN GUAMAN KEPADA AHLI-AHLI CUEPACS PADA 2 MAC 2011

TAKLIMAT AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 [AKTA 711], TAKLIMAT KEBANKRAPAN DAN TAKLIMAT BANTUAN GUAMAN KEPADA AHLI-AHLI CUEPACS PADA 2 MAC 2011

Taklimat kepada ahli-ahli CUEPACS telah diadakan pada 2 Mac 2011, Rabu, bertempat di Dewan Serbaguna Aras 2, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri. Objektif penganjuran taklimat tersebut antara lain adalah untuk meningkatkan kesedaran di kalangan ahli-ahli CUEPACS berkenaan perlindungan kepada pemberi maklumat di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat [Akta 711], masalah kebankrapan yang ditangani oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), dan khidmat bantuan guaman yang diberikan oleh Jabatan Bantuan Guaman (JBG). 

1taklimat_2mac2011 

Sesi pendaftaran peserta yang terdiri daripada 250 orang Ahli-ahli CUEPACS di sekitar Putrajaya, Lembah Klang dan Negeri Sembilan

2taklimat_2mac2011

Majlis Perasmian taklimat yang disempurnakan oleh YB Datuk Liew Vui Keong, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

3taklimat_2mac2011

YB Datuk Liew Vui Keong, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bersama-sama jemputan kenamaan lain (dari kiri) ialah YBrs Puan Siti Zawahir Mohamed Ketua Pengarah JBG, YBrs Puan Mahzum Ariffin Timbalan Ketua Pengarah (P&P) BHEUU, YBhg Datuk Abdul Karim Abdul Jalil Ketua Pengarah Insolvensi dan YBhg Dato’ Haji Omar Osman Presiden CUEPACS

4taklimat_2mac2011

Sebahagian daripada para peserta yang hadir begitu tekun mendengar penerangan yang diberikan

5taklimat_2mac2011

Presiden CUEPACS YBhg Dato’ Haji Omar Osman menyampaikan cenderamata kepada YB Datuk Liew Vui Keong, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sambil disaksikan oleh Puan Mahzum Ariffin. Turut sama ialah YBhg Datuk Abdul Karim Abdul Jalil