PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU NOVEMBER 2015
Putrajaya, 20 November – YBrs. Puan Haslina Mansor, Ketua Pengarah Insolvensi berkata amalan muhasabah diri dan organisasi untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri dan organisasi dapat memantapkan perancangan pada masa hadapan. Ia adalah salah satu proses yang perlu dilakukan untuk memperolehi kemajuan.
Beliau berkata, bagi seseorang pekerja, perlu muhasabah diri sama ada telah melaksanakan tugas seperti yang diamanahkan dengan menilai penggunaan masa dan potensi diri sebagai pekerja. Seseorang perlu mengenalpasti perkara-perkara yang menyebabkan sebarang kegagalan untuk memastikan kejayaan dapat dicapai.
Beliau menambah sesuatu pekerjaan perlu dilakukan bersungguh-sungguh. Ia boleh di capai dengan dispilin diri yang mantap.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan BHEUU di sini hari ini.
Ucapan oleh YBrs. Puan Haslina binti Mansor, Ketua Pengarah Insolvensi
Warga BHEUU, MdI dan JBG semasa perhimpunan bulanan BHEUU Bil.11/2015
Tahniah kepada Encik Moh. Asri bin Musa, penerima Anugerah Pekerja Contoh BHEUU bagi bulan Oktober 2015
Tahniah kepada Encik Azman bin Abdul Hamed, penerima Anugerah Pekerja Contoh MdI bagi bulan November 2015