Berita Terkini | Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang |
PUTRAJAYA 22 APRIL 2014 – Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri telah diadakan pada 22 April 2014. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Hajah Nancy Haji Shukri.
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang tersebut diadakan bagi menghargai pegawai-pegawai BHEUU, JBG dan MdI atas kecemerlangan yang ditunjukkan dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan sepanjang tahun 2013. Seramai 16 orang pegawai BHEUU, 37 orang pegawai JBG dan 89 orang pegawai MdI telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Selain itu, Majlis tersebut juga diadakan bagi menghargai jasa dan perkhidmatan 16 orang pegawai daripada BHEUU, JBG dan MdI yang telah dan akan bersara pada tahun 2014.
Antara penerima Anugerah Khidmat Cemerlang 2013
Penerima Anugerah Khidmat Cemerlang MdI
Penerima Anugerah Khidmat Cemerlang BHEUU