PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU FEBRUARI 2015
Putrajaya, 10 Februari - YBhg. Dato’ Nursiah Arshad, Ketua Pengarah BHEUU berkata selain amalan 5S itu baik, beliau ingin menyarankan amalan S yang lain yang perlu diamalkan oleh warga BHEUU, JBG dan MdI. S yang dimaksudkan adalah senyum, salam, segera, sopan, sensitif terhadap persekitaran, sentuh, segak, selia, selidik dan semangat.
Beliau mengajak semua warga BHEUU, JBG dan MdI mengamalkan kesemua amalan S tersebut semasa memberi perkhidmatan. Beliau juga menyeru agar semua warga kerja terus gigih memberi sumbangan terbaik dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perhimpunan bulanan BHEUU disini hari ini.
Ucapan oleh YBhg. DatoNursiah Arshad, Ketua Pengarah BHEUU
Warga BHEUU, JBG dan MdI semasa perhimpunan bulanan Februari 2015
YBhg. Dato’ Nursiah Arshad, Ketua Pengarah BHEUU diiringi oleh YBrs. Puan Siti Zawahir Mohamed, Ketua Pengarah JBG dan YBrs. Puan Haslina Mansor, Ketua Pengarah MdI semasa merasmikan kempen Senyum peringkat BHEUU
Tahniah kepada penerima Anugerah Pekerja Contoh MdI bagi bulan Januari 2015
Tahniah kepada pemenang ruang kerja terbaik siri 1/2014
Tahniah kepada pemenang ruang kerja terbaik siri 2/2014
Tahniah kepada Sektor terbaik 5S BHEUU bagi tahun 2014