Page 5 - psict2020
P. 5

1.0    PENGENALAN
        Pelan Strategik ICT (PSICT) BHEUU merupakan dokumen yang mengandungi
        pelan induk perancangan projek ICT di BHEUU, MdI, JBG dan PKPMP (Bajet
        Pembangunan) secara menyeluruh sejajar dengan Pelan Strategik BHEUU dari
        tahun  2016  hingga  2020.  Ianya  merupakan  pelan  yang  akan  dirujuk  sebagai
        asas pelaksanaan bagi projek ICT dalam tempoh tersebut.

        Pelan PSICT ini mengandungi pendekatan pembangunan projek ICT, penilaian
        persekitaran  bisnes  dan  penilaian  persekitaran  ICT  yang  akhirnya  dapat
        membentuk rangka kerja ICT.  Rangka kerja ICT ini merupakan asas kepada
        transformasi yang akan dilaksanakan bagi tempoh lima tahun. Perkara-perkara
        yang terkandung dalam rangka kerja ini diterjemahkan secara lebih terperinci
        melalui  empat  strategik  pelaksanaan  iaitu  strategik  aplikasi,  infrastruktur  ICT,
        organisasi dan pengurusan ICT.

        Pelan  PSICT  ini  mengandungi  11  strategi  dan  28  program  ICT  yang  akan
        dilaksanakan sepanjang tempoh lima tahun ini. Bagi memastikan pelaksanaan
        setiap  program  yang  dirancang  dilaksanakan  dengan  jayanya,  beberapa
        strategi  pelaksanaan  telah  dikenal  pasti.  Strategi  pelaksanaan  tersebut
        berpandukan  kepada  beberapa  aspek.  Antaranya  adalah  dari  segi  aspek
        pemilikan  program  ICT,  keutamaan,  penentuan  program  yang  perlu
        dilaksanakan  secara  quick  wins  dan  penentuan  program  yang  perlu
        dilaksanakan secara inhouse ataupun outsource.

        Dengan  wujudnya  Pelan  Strategik  ICT  ini,  maka  pelaksanaan  projek  ICT  ini
        dapat  diselaraskan  dengan  baik  agar  pertindihan  program  tidak  berlaku,
        maklumat dapat dikongsi bersama secara berkesan dan penggunaan kos lebih
        efektif.






















     1
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10