Page 4 - psict2020
P. 4

PERUTUSAN KETUA PEGAWAI MAKLUMAT


       Alhamdulillah,  syukur  ke  hadrat  Allah  SWT  kerana  dengan  izinNya  Pelan
       Strategik ICT (PSICT) Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan
       Perdana  Menteri  bagi  tahun  2016-2020  telah  berjaya  diterbitkan.  Pelan
       Strategik  ini  dibangunkan  tepat  pada  masanya  supaya  semua  inisiatif  dan
       strategik  yang  digariskan  dalam  dokumen  ini  dapat  diaplikasikan  sebaik
       mungkin sejajar dengan Visi dan Misi BHEUU.

       Rangka  kerja  Strategik  ICT  dijadikan  platform  untuk  merencana  pelaksanaan
       program  transformasi  di  BHEUU,  Jabatan  Insolvensi  Malaysia  (MdI),  Jabatan
       Bantuan Guaman (JBG) dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan
       Malaysia  (PKPMP)  ke  tahap  yang  lebih  tinggi.  Di  samping  itu  juga
       pembangunan  PSICT  ini  adalah  selari  dengan  saranan  MAMPU  agar  setiap
       agensi kerajaan menyediakan Pelan Strategik masing-masing bagi menyokong
       Visi  ICT  Sektor  Awam.  Sejajar  dengan  itu,  empat  Teras  Strategik  dan  11
       Strategi ICT telah dirangka bagi mencapai matlamat Strategik BHEUU.

       Saya berharap dengan adanya PSICT ini akan dapat menjadi sumber rujukan
       penting  kepada  warga  BHEUU  untuk  membantu  memperkasakan  BHEUU
       menjadi agensi pentadbiran keadilan negara yang terulung. Jutaan terima kasih
       saya  ucapkan  kepada  pihak  Jawatankuasa  Pembangunan  PSICT  2016-2020
       terutama Seksyen Pengurusan Maklumat dan juga bantuan daripada Fasilitator,
       Dato’ Dr. Zahari bin Othman serta kerjasama dan komitmen semua pihak yang
       telah berusaha membangunkan PSICT ini.

       Sekian.

       MOHD YUSOFF BIN AMAN
       Ketua Pegawai Maklumat
       Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang








                                                                                 ii
   1   2   3   4   5   6   7   8   9