Page 3 - psict2020
P. 3

PERUTUSAN KETUA PENGARAH BHEUU


        Transformasi penyampaian perkhidmatan awam merupakan satu dimensi baru
        yang sejajar dengan hasrat kerajaan dalam merealisasikan permintaan stake-
        holders  dan  pelanggan  yang  tidak  terbatas.  Untuk  itu,  usaha-usaha  kerajaan
        untuk  menambahbaik  kualiti  perkhidmatan  awam  adalah  berteraskan  kepada
        nilai inovasi dan kreativiti yang dijadikan platform kukuh bagi memastikan rakyat
        dapat merasai arus perubahan transformasi.

        BHEUU  turut  berperanan  dalam  mendokong  aspirasi  Kerajaan  bagi
        memastikan sistem  penyampaian perkhidmatan awam dapat dipenuhi  melalui
        pelaksanaan  inisiatif  teknologi  iaitu  penggunaan  teknologi  maklumat  dan
        komunikasi - ICT yang membawa kepada impak keberhasilan. Pelan Strategik
        ICT  (PSICT)  BHEUU  2016-2020  merupakan  satu  dokumen  penting  kerana
        ianya mencernakan falsafah, arah tuju dan inisiatif strategik yang melakarkan
        perspektif  transformasi  dalam  melaksanakan  program  dan  aktiviti  bagi
        menyokong  Visi  dan  Misi  serta  Teras  Strategik  BHEUU  dalam  menjadikan
        BHEUU sebagai agensi yang unggul dalam pentadbiran keadilan negara.

        Perubahan persekitaran dan penjajaran kepada inisiatif strategik membolehkan
        PSICT  dilaksanakan  bagi  memastikan  pelan  strategik  dapat  disesuaikan
        mengikut  perubahan  semasa.  Ini  bermakna  PSICT  BHEUU  2016-2020  boleh
        diubahsuai dan ditambahbaik bagi memaksimumkan kepuasan pelanggan dan
        seterusnya  memastikan  BHEUU  menuju  ke  arah  visi  Kerajaan  Digital  seperti
        yang dinyatakan di dalam PSICT Sektor Awam 2016-2020.

        Sekian.

        DATUK MOHD ZUKI BIN ALI
        Ketua Pengarah
        Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU)








      i
   1   2   3   4   5   6   7   8