LATIHAN HANDS ON BAGI SISTEM LOG LATIHAN

Putrajaya, 21 Ogos 2015- Latihan hands-on bagi Sistem Log Latihan bagi Pentadbir Sistem yang dilantik telah diadakan di Bilik Latihan ICT, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang. Kursus ini oleh seramai 15 orang pegawai yang dilantik.

Unit Latihan, Seksyen Sumber Manusia, BHEUU dengan kerjasama Seksyen Pengurusan Teknologi Maklumat membangunkan sistem E-Latihan, satu kaedah merekod latihan/kursus bagi menggantikan kaedah manual yang digunapakai sekarang iaitu Buku Log Latihan. Portal e-Latihan adalah portal perkhidmatan online yang ditawarkan kepada warga BHEUU dalam bidang latihan. Portal ini adalah untuk memudahkan kumpulan sasaran BHEUU untuk menyemak senarai kursus yang ditawarkan dan mengemukakan serta menyemak status permohonan kursus secara online.

Di antara faedah-faedah yang diperolehi melalui E-Latihan adalah:

  1. capaian kepada senarai kursus yang layak dihadiri;
  2. mengemukakan secara online permohonan kursus;
  3. menyemak status permohonan kursus; dan
  4. penyimpanan rekod-rekod sejarah kursus BHEUU yang pernah dihadiri.


01 eLatihanFasilitator dari Seksyen Pengurusan Teknologi, Puan Norsan binti Samsul

 02 eLatihanPeserta yang khusyuk mempelajari training Log Latihan
 

03 eLatihanPeserta yang khusyuk mempelajari training Log Latihan