PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU OGOS 2015

Putrajaya, 4 Ogos  – YBhg. Dato’ Nursiah Arshad, Ketua Pengarah BHEUU menyeru semua warga BHEUU, JBG dan MdI meneruskan usaha-usaha melaksanakan tugas dengan amanah. Menurut beliau, anugerah amanah bukan sekadar suatu penghormatan dan penghargaan ke atas kebijaksanaan dan kemampuan manusia berbanding dengan makhluk Allah yang lain, tetapi ia merupakan satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Beliau berkata, asas paling utama di dalam kecemerlangan dalam pekerjaan bergantung kepada penunaian amanah terhadap tanggungjawab yang diberikan. Sekiranya seseorang pekerja itu cuai dalam menunaikan amanah bermakna dia seorang yang gagal dan akan dipersoalkan di akhirat nanti.

Menurut beliau lagi, sifat amanah ini harus dimiliki oleh setiap individu daripada jawatan yang paling tinggi sehingga jawatan yang paling rendah. Jika dimiliki sifat amanah ini, ia pasti menyumbang kepada penghasilan kerja yang berkualiti disamping pekerjaannya mendapat keberkatan.

Beliau berkata demikian di Perhimpunan Bulanan BHEUU di sini hari ini.

01 PERHIMPUNAN BULAN OGOS2015
Ucapan olehYBhg. Dato’ Nursiah binti Arshad, Ketua Pengarah BHEUU

02 PERHIMPUNAN BULAN OGOS2015

03 PERHIMPUNAN BULAN OGOS2015 
Warga BHEUU, JBG dan MdI semasa perhimpunan bulanan Ogos 2015

 04 PERHIMPUNAN BULAN OGOS2015
YBrs. Dr. Nor Mazny Abdul Majid, menyerahkan buku Pelan Strategik BHEUU kepada YBhg. Dato’ Nursiah Arshad sempena pelancaran buku pelan strategik BHEUU
 05 PERHIMPUNAN BULAN OGOS2015
Gimik sempena pelancaran Pembangunan Data Bank  oleh seksyen Pembangunan dengan kerjasama Seksyen Pengurusan maklumat
 06 PERHIMPUNAN BULAN OGOS2015

Tahniah kepada Puan Norsan binti Samsul, penerima Anugerah Pekerja Contoh BHEUU bagi bulan Julai 2015

 07 PERHIMPUNAN BULAN OGOS2015
Tahniah kepada Encik Abdul Rashid bin Salkon, penerima Anugerah Pekerja Contoh JBG bagi bulan Julai 2015

 08 PERHIMPUNAN BULAN OGOS2015
Tahniah kepada Encik Ahmad Ankamil bin Shaari, penerima Anugerah Pekerja Contoh MdI  bagi bulan Julai 2015