FORUM AWAM JAWATANKUASA PEMBAHARUAN UNDANG-UNDANG MALAYSIA (JPUUM) SIRI 1

KUCHING, 16 MEI 2015 – Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri selaku urus setia kepada Jawatankuasa Pembaharuan Undang-Undang Malaysia (JPUUM) telah menganjurkan Forum Awam JPUUM Siri 1 di Dewan Undangan Negeri Sarawak dengan kerjasama agensi-agensi yang berkaitan, iaitu Jabatan Ketua Menteri Negeri Sarawak, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak, Biro Tatanegara Cawangan Negeri Sarawak dan The Adovacates’ Association of Sarawak.

Tujuan utama penganjuran Forum Awam ini adalah untuk mewujudkan ruang kepada masyarakat untuk berinteraksi secara bersemuka dengan pihak berwajib menerusi perbincangan serta perkongsian idea berhubung sesuatu topik perundangan di negara ini. Dalam forum ini, peserta juga berpeluang mengemukakan cadangan, idea atau maklum balas dalam proses pembaharuan undang-undang.

Selaras dengan itu, tajuk forum yang telah dibincangkan pada siri 1 ialah ‘Formulating Harmony Bill: What Should Be In?’ oleh ahli panel yang berwibawa, iaitu YBrs. Encik Talat Mahmood Abdul Rashid, Timbalan Peguam Besar Negeri Sarawak, YBhg. Abang Dato’ Paduka Haji Ariffin Abang Haji Bohan, Peguambela dan Peguamcara, YBrs. Encik Leonard Shim, Presiden Adovacates’ Association of Sarawak dan YBrs. Encik Gandesan Letchumanan, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional sebagai moderator. Program ini telah dihadiri oleh wakil Kementerian/Jabatan, agensi swasta, institusi pendidikan tinggi dan sekolah, Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta wakil-wakil masyarakat sekitar bandaraya Kuching.

Semasa ucapan perasmian, YB Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menyatakan bahawa forum ini membolehkan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional mendekati masyarakat terhadap idea untuk mewujudkan satu undang-undang khusus mengenai keharmonian negara, apa yang perlu ada dan apa yang tidak perlu dimasukkan ke dalamnya, sekiranya undang-undang itu bakal diadakan kelak.

JPUUM akan menganjurkan lebih banyak program seperti ini dengn mengalu-alukan lebih banyak pihak atau agensi untuk tampil memberi sokongan serta berkolaborasi dalam proses engagement berkaitan pembaharuan undang-undang.

1FORUM AWAM JPUUM SIRI1 2015

Ucapan Perasmian oleh YB Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

2FORUM AWAM JPUUM SIRI1 2015

Para peserta Forum Awam JPUUM Siri 1 yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat

3FORUM AWAM JPUUM SIRI1 2015

Semasa Sesi Forum bertajuk ‘Formulating Harmony Bill: What Should Be In?’

4FORUM AWAM JPUUM SIRI1 2015

5FORUM AWAM JPUUM SIRI1 2015

6FORUM AWAM JPUUM SIRI1 2015

Pertanyaan dan cadangan daripada para hadirin program semasa sesi soal jawab