BERITA PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL. 3/2018

Putrajaya, 21 Mac 2018 - YBhg. Datuk Meor Hashimi bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah MdI menyatakan bahawa rumahtangga bahagia, pekerja cemerlang. Beliau berkata daripada keluarga, lahirlah insan yang bertanggungjawab terhadap diri sendiri serta insan lain yang memerlukan.

Beliau menambah, rumahtangga yang bahagia dan ceria akan melahirkan warga kerja yang memiliki ciri-ciri kejiwaan yang sihat iaitu gembira dan yakin akan kebolehan diri. Keluarga bahagia merupakan asas kepada pembentukkan masyarakat penyayang dan kecemerlangan.

Beliau berkata dalam menempuh modenisasi kehidupan pemuafakatan secara perlahan-lahan dihakis dengan sikap individualistik. Beliau menyarankan warga kerja BHEUU, MdI dan JBG bersama-sama memupuk budaya penyayang supaya dapat hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Beliau berkata demikian ketika berucap di perhimpunan Bulanan BHEUU di sini hari ini.

1

Ucapan oleh YBhg. Datuk Meor Hashimi bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah MdI

 

2

  

3

Warga BHEUU, MdI dan JBG semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil.3/2018

 

4

Encik Mohd Khairi Bin Mansur Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 daripada Sekyen Pengurusan Maklumat. Sebagai Pekerja Contoh Bulanan BHEUU Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi bulan Februari 2018

 

5

Cik Praba Balakrisnan Pembantu Perpustakaan Gred S19 daripada Unit Pusat Sumber. Sebagai Pekerja Contoh Bulanan BHEUU Kumpulan Pelaksanaan bagi bulan Februari 2018

 

6

Puan Mazlina Binti Hussain Pegawai Syariah Gred LS48 daripada Bahagian Litigasi Dan Nasihat Syariah. Sebagai Pekerja Contoh Bulanan JBG Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi Bulan Februari 2018

 

7

Puan Shahira Parvin Binti Dato’ Abdul Aziz Pegawai Undang-Undang Gred L38 daripada Bahagian Litigasi Dan Nasihat (Sivil). Sebagai Pekerja Contoh Bulanan JBG Kumpulan Pelaksana bagi Bulan Februari 2018