PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL.6/2017

Putrajaya, 11 Julai – YB Dato’ Sri Azalina Othman Said berkata tahun 2017 merupakan tahun penyampaian perkhidmatan Kerajaan sebagaimana ditekankan oleh YAB Perdana Menteri pada awal tahun 2017. Justeru, keutamaan dan fokus semua warga kerja perlu menjayakan agenda Kerajaan; iaitu memastikan setiap projek, program dan perkhidmatan dilaksanakan dengan cepat dan berkualiti supaya dapat memenuhi janji – janji Kerajaan kepada rakyat.

Beliau mengingatkan bahawa rakyat amat memerlukan perkhidmatan dan bantuan jabatan dan agensi Kerajaan dalam menghadapi cabaran hidup terutama dari segi sosio – ekonomi. Beliau menambah, harapan rakyat terhadap Kerajaan semakin hari semakin meningkat kerana mereka sedar akan hak mereka mendapatkan perkhidmatan terbaik daripada Kerajaan.

Beliau juga menyarankan semua yayasan yang berdaftar dengan BHEUU untuk menyediakan laporan kewangan yang telah diaudit dan laporan aktiviti tahunan. Beliau menyampaikan lapan sijil yayasan kepada pemegang yayasan.

Beliau berkata demikian semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU di sini hari ini

1

Ucapan oleh YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

 2

Warga BHEUU, MdI dan JBG semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil.6/2017.

 

3

Warga BHEUU, MdI dan JBG semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil.6/2017.

 

4

YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merasmikan Video Korporat MdI.

 

5

Sesi bergambar penerima-penerima Sijil Pemerbadanan Pemegang Amanah bersama YB Menteri.

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • MAMPU
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI