2020 INTERNATIONAL HUMAN RIGHTS DAY VIRTUAL FORUM

Putrajaya, 10 Disember – Sempena Sambutan Hari Hak Asasi Manusia yang disambut setiap tahun pada 10 Disember, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan 2020 International Human Rights Day Virtual Forum bertemakan Recover Better – Stand Up For Human Rights dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri (KLN), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan The United Nations in Malaysia.

Forum ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan sokongan masyarakat terhadap hak asasi manusia dan menggiatkan usaha pelbagai pihak berkepentingan dalam mempromosikan hak asasi manusia. Ia juga merupakan suatu platform bagi pakar-pakar daripada pelbagai bidang untuk mengemukakan pandangan tentang amalan terbaik yang dapat menambah baik undang-undang dan sistem sedia ada yang berkaitan dengan perlindungan hak asasi manusia di Malaysia.

Forum atas talian ini terdiri daripada dua sesi iaitu perbincangan interaktif berkenaan perkembangan belia dan impak pandemik COVID-19 terhadap hak asasi manusia di Malaysia. Sesi perbincangan yang diadakan telah memberikan suatu gambaran mengenai keadaan semasa di Malaysia mengenai hak asasi manusia dan langkah-langkah yang boleh dijalankan untuk menyelesaikan isu-isu hak asasi manusia.

Forum ini dihadiri oleh lebih daripada 200 peserta yang terdiri dari pegawai Kerajaan, masyarakat, pemimpin Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan wakil sektor swasta.

1

Poster publisiti sempena Sambutan Hari Hak Asasi Manusia yang diadakan pada 10 Disember 2020

 

2

Ucapan yang disampaikan oleh YB Dato’ Takiyuddin bin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)

 

3

Ucapan yang disampaikan oleh HE Mr Stefan Priesner, United Nations Resident Coordinator for Malaysia, Singapore and Brunei Darussalam

 

4

Sebahagian daripada peserta 2020 International Human Rights Day Virtual Forum yang berlangsung secara atas talian pada 10 Disember 2020

 

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • KD
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI