BERITA PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL. 4/2019

Putrajaya, 27 Ogos - YBhg. Datuk Dr. Rose Lena binti Lazemi selaku Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak kerana sudi melapangkan masa untuk menghadiri perhimpunan kali ini. 

Bersempena dengan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, beliau mengajak warga kerja menghayati erti kemerdekaan dengan menerapkan semangat patriotisme dalam diri, selain melaksanakan tugas dengan cekap, telus dan amanah. Ini penting kerana sebagai penjawat awam, kita adalah barisan hadapan dalam proses pembangunan negara.

Dalam perkembangan lain, seramai 15 pegawai baharu diperkenalkan, manakala dua orang pegawai telah bersara dan lima telah bertukar ke Jabatan dan Kementerian lain.

Sementara itu, Puan Nurul Huda binti Zainuddin, Puan Nur Asfarina binti Hassan Rahmat, Puan Norlida binti Ibrahim dan Encik Sheikh Farhan bin Ahmad dianugerahi sebagai pekerja contoh BHEUU, manakala Puan Rahmat Nisa binti Segu Alavudin dan Encik Zulkarnain bin Mislan sebagai pekerja contoh Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI). Penerima anugerah pekerja contoh bagi Jabatan Bantuan Guaman (JBG) pula adalah Puan Asmaulfajriah binti Ali @ Mat Ali, Encik Azrul Aminul Rashid bin Mohd Ali dan Puan Azizah binti Salih.

Majlis juga menyaksikan penyampaian hadiah untuk Anugerah Peminjam Buku Terbanyak bagi bulan Januari sehingga Jun, dan Kejohanan Badminton Bakat Baru Antara Regu 2019. Bacaan laporan kes tatatertib bagi bulan Julai melibatkan MdI dan JBG mengakhiri majlis.

Perhimpunan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Anas bin Ahmad Zakie, Ketua Pengarah MdI dan YBrs. Puan Siti Salwa binti Musa, Ketua Pengarah JBG. Perhimpunan bulanan kali ini dihoskan oleh BHEUU melibatkan kehadiran kira-kira 200 orang warga BHEUU, JBG dan MdI.

1

Ucapan oleh YBhg. Datuk Dr. Rose Lena binti Lazemi, Ketua Pengarah BHEUU

 

2

 

  

3

 Warga BHEUU, JBG dan MdI semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil. 4/2019

 

4

 Tahniah kepada Puan Nurul Huda binti Zainuddin daripada Seksyen Kewangan sebagai Pekerja Contoh BHEUU Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi bulan Julai 2019

 

5

 Tahniah kepada Puan Nur Asfarina binti Hassan Rahmat daripada Seksyen Pengurusan Sumber Manusia sebagai Pekerja Contoh BHEUU Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi bulan Ogos 2019

 

6

Tahniah kepada Puan Norlida binti Ibrahim daripada Seksyen Pembangunan sebagai Pekerja Contoh BHEUU Kumpulan Pelaksana bagi bulan Julai 2019

 

7

Tahniah kepada Encik Sheikh Farhan bin Ahmad daripada Unit Komunikasi Korporat sebagai Pekerja Contoh BHEUU Kumpulan Pelaksana bagi bulan Ogos 2019

 

8

Tahniah kepada Puan Rahmat Nisa binti Segu Alavudin daripada Bahagian Likuidasi, Ibu Pejabat MdI sebagai Pekerja Contoh MdI Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi bulan Ogos 2019

 

9

Tahniah kepada Puan Asmaulfajriah binti Ali @ Mat Ali daripada Cawangan Peguam Panel dan Pendamping Guaman, Ibu Pejabat JBG sebagai Pekerja Contoh JBG Kumpulan Pelaksana bagi bulan Julai 2019

 

10

Tahniah kepada Encik Azrul Aminul Rashid bin Mohd Ali daripada JBG WP Kuala Lumpur sebagai Pekerja Contoh JBG Kumpulan Pelaksana bagi bulan Julai 2019

 

11

Tahniah kepada Puan Sarah Akmarwati binti Abdul Wahab penerima Anugerah Peminjam Buku Terbanyak Januari hingga Jun 2019

 

12

Tahniah kepada semua pemenang untuk Kejohanan Badminton Bakat Baru Antara Regu 2019

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • KD
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI