BERITA PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL. 3/2019

Putrajaya, 03 Julai - YBhg. Datuk Haini binti Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman (JBG) merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak bersempena dengan persaraan beliau pada 15 Julai ini. Memetik sajak berjudul The Road Not Taken nukilan Robert Frost, beliau mengimbau sedikit sebanyak pengalaman sepanjang berada dalam perkhidmatan awam.

YBhg. Datuk telah mula berkhidmat sebagai pegawai kerajaan bermula pada 03 Julai 1984 sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Muar, Johor dan mempunyai pengalaman kerja yang meluas di pelbagai jabatan Kerajaan selama 35 tahun berkhidmat.

Dalam perkembangan lain, majlis memperkenalkan seorang pegawai baharu dari Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) iaitu Puan Roshasniza binti Mat Zain dan memaklumkan persaraan Puan Normawan binti Ismail dan Encik Abdul Rahman bin Abdul Razak dari Jabatan yang sama.

Sementara itu, Encik Muhammad Afnil bin Aziz dan Puan Rosmaria binti Mohd Udin dianugerahi sebagai pekerja contoh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), manakala Puan Nora Roliza binti Mahdi dan Encik Abdul Rashid bin Yaakub sebagai pekerja contoh JBG. Penerima anugerah pekerja contoh bagi MdI pula ialah Puan Siti Noor Maizan binti Musa.

Perhimpunan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Junaidah binti Kamarruddin, Ketua Pengarah BHEUU dan YBhg. Dato’ Anas bin Ahmad Zakie, Ketua Pengarah MdI. Perhimpunan bulanan kali ini dihoskan oleh JBG melibatkan kehadiran kira-kira 200 orang warga BHEUU, JBG dan MdI.

1

Ucapan oleh YBhg. Datuk Haini binti Hassan, Ketua Pengarah JBG

 

2

 

  

3

 Warga BHEUU, JBG dan MdI semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil. 3/2019

 

4

 Tahniah kepada Encik Muhammad Afnil bin Aziz daripada Seksyen Pengurusan Sumber Manusia sebagai Pekerja Contoh BHEUU Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi bulan Mei 2019

 

5

 Tahniah kepada Puan Rosmaria binti Mohd Udin daripada Seksyen Pengurusan Sumber Manusia sebagai Pekerja Contoh BHEUU Kumpulan Pelaksana bagi bulan Mei 2019

 

6

Tahniah kepada Encik Abdul Rashid bin Yaakub daripada Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, Ibu Pejabat JBG sebagai Pekerja Contoh JBG Kumpulan Pelaksana bagi bulan Mei 2019

 

7

Tahniah kepada Puan Siti Noor Maizan binti Musa daripada MdI Cawangan Selangor sebagai Pekerja Contoh MdI Kumpulan Pelaksana bagi bulan Mei 2019

 

8

Penghargaan kepada YBhg. Datuk Haini binti Hassan semperna persaraan wajib beliau pada 15 Julai 2019

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • KD
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI