AUDIT PEMANTAUAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2008

PUTRAJAYA, 30 Oktober 2015 – SIRIM QAS International Sdn Bhd telah menjalankan Audit Pemantauan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 di BHEUU pada 29 dan 30 Oktober 2015. BHEUU telah berjaya mengekalkan persijilan MS ISO 9001:2008 pada kali ini dengan hasil penemuan audit tiada sebarang ketakakuran (NCR) dan sebanyak tiga peluang Penambahbaikan (OFI). Kejayaan ini hasil daripada komitmen yang diberikan oleh semua pihak terutamanya pihak pengurusan atasan, Pasukan Audit Dalam, Ahli Perhubungan ISO dan urus setia.

1AUDIT PEMANTAUAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 90012008

Mesyuarat Pembukaan Audit Pemantauan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 oleh  SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN BHD