• Home
  • Berita Terkini
  • PROGRAM WORKING BREAKFAST BHEUU SIRI 2/2015 BERSAMA YBHG. DATO’ KETUA PENGARAH BHEUU

PROGRAM WORKING BREAKFAST BHEUU SIRI 2/2015 BERSAMA YBHG. DATO’ KETUA PENGARAH BHEUU

PUTRAJAYA, 23 Mac 2015 - Program Working Breakfast ini merupakan salah satu inisiatif YBhg. Dato’ Ketua Pengarah BHEUU bersama kakitangan BHEUU yang diadakan mulai September 2014. Program ini merupakan satu platform kepada kakitangan BHEUU meluahkan rasa tidak puas hati atau apa jua permasalahan ataupun memberikan sebarang cadangan penambahbaikan untuk pertimbangan lanjut pihak Pengurusan Tertinggi BHEUU. Program Siri 2/2015 ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ KP BHEUU dan telah dihadiri oleh 11 orang kakitangan kumpulan sokongan Gred 1-16.

Program tersebut memberi ruang kepada peserta program untuk mengemukakan cadangan atau isu untuk perhatian pihak pengurusan. Pada siri 2/2015 ini, para peserta diberikan tajuk “Komited Kepada Tugas/Tanggungjawab Yang Diberikan” sebagai tema untuk berbincang.

Para peserta diminta untuk meningkatkan taraf akademik, kemahiran dan pengetahuan melalui Pengajian Jarak Jauh (PJJ). Peserta juga disarankan untuk berjumpa dengan YBhg. Dato’ KP BHEUU terus (Pendekatan Dasar Pintu Terbuka (Open Door Policy) sekiranya mempunyai sebarang pandangan/permasalahan/isu.

01 WORKING BREAKFAST

YBhg Dato’ Nursiah Arshad Ketua Pengarah BHEUU

02 WORKING BREAKFAST 03 WORKING BREAKFAST
Para peserta yang hadir dalam program tersebut