LAWATAN KERJA PENGARAH DAN KAKITANGAN SEKSYEN PEMBANGUNAN KE KOMPLEKS MAHKAMAH KUANTAN, PAHANG
Kuantan, Pahang 11 November 2014 – Lawatan kerja sehari ke Kompleks Mahkamah Kuantan yang diketuai oleh Encik Abd Nasir Ahmad, Pengarah Seksyen Pembangunan bersama 19 pegawai BHEUU bertujuan untuk dijadikan asas bagi perancangan projek yang akan datang.
Berdasarkan taklimat yang disampaikan oleh Encik Sufian Bin Yusof yang mewakili pihak Mahkamah Kuantan , pembinaan kompleks ini telah bermula sejak Julai 2009 dan siap sepenuhnya pada Julai 2012 yang menelan belanja sebanyak 157 juta dengan keluasan11.01 ekar di Lot Pt 55832, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.
Komponen utama bagi kompleks tiga tingkat ini terdiri daripada 3 bilik bicara Mahkamah Tinggi, 10 bilik bicara Mahkamah Sesyen dan 10 bilik bicara bagi Mahkamah Majistret serta bilik-bilik sokongan yang lain. Pihak pentadbiran juga telah mempunyai perancangan yang komprehensif bagi memastikan penggunaan keseluruhan ruang adalah secara optimum.
Pandangan hadapan Kompleks Mahkamah Kuantan
Salah satu Bilik Bicara di Kompleks Mahkamah Kuantan
Penyampaian cenderahati daripada pihak BHEUU kepada pihak Mahkamah Kuantan
Sesi fotografi antara BHEUU bersama kakitangan Mahkamah Kuantan