MAJLIS PENYERAHAN BANGUNAN TAMBAHAN MAHKAMAH KLANG

Klang, Selangor 5 November – Bangunan Tambahan Mahkamah Klang yang menelan belanja sebanyak RM 55 juta dikenali sebagai Kompleks Mahkamah Klang telah diserahkan kepada Mahkamah Persekutuan Malaysia dalam Majlis menandatangani Dokumen Penyerahan yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Nursiah binti Arshad, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dan Yang Berusaha Puan Normah binti Sheikh Abdullah Pengarah Pengurusan, Mahkamah Persekutuan Malaysia.
Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Timbalan Ketua Pengarah BHEUU, Pengarah Mahkamah Negeri Selangor, Hakim Mahkamah Sesyen Klang, pihak JKR, kontraktor utama IC&E dan pegawai kanan BHEUU.

mahkamah klang

Ucapan Penyerahan oleh YBhg. Dato’ Nursiah Arshad , Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

mahkamah klang 2

YBhg. Dato’ Nursiah Arshad , Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang menandatangani Dokumen Penyerahan Bangunan Tambahan Mahkamah Klang disaksikan oleh Encik Nasir bin Ahmad Pengarah Seksyen Pembangunan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang.

mahkamah klang 3

YBrs. Puan Normah binti Sheikh Abdullah, Pengarah Pengurusan, Mahkamah Persekutuan Malaysia menandatangani Dokumen Penyerahan Bangunan Tambahan Mahkamah Klang disaksikan oleh YBhg. Dato’ Nursiah Arshad , Ketua Pengarah BHEUU dan Encik Nasir bin Ahmad Pengarah Seksyen Pembangunan BHEUU

mahkamah klang 4

Simbolik penyerahan kunci daripada pihak BHEUU kepada pihak Mahkamah


Buah Kuini dari Kedah,
Sayang sekali isinya merah,
Perjanjian kini terpatri sudah;
Tanda Bangunan sudah diserah.