LAWATAN KERJA YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG) KE TAWAU “JELAJAH MyLAW@TAWAU”

Tawau, 7 September – YB Dato’ Takiyuddin bin Haji Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) telah mengadakan lawatan kerja sehari ke Tawau melibatkan lawatan kerja ke Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Tawau, tapak cadangan Mahkamah Baharu Tawau dan Mahkamah Tawau. Di Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Tawau, YB Menteri diberi taklimat berkaitan kes-kes kebankrapan yang disampaikan oleh Tuan Mohd Nazri bin Omran, Pengarah Insolvensi Sabah.

Sejurus tiba di Mahkamah Tawau, YB Menteri dibawa melawat Mahkamah Bergerak atau Mobile Court iaitu inisiatif Kerajaan dalam memberi perkhidmatan keadilan terbaik kepada rakyat. Taklimat di Mahkamah Tawau disampaikan oleh Tuan Awang Kerisnada bin Awang Mahmud, Hakim Mahkamah Sesyen Tawau.

Dalam masa yang sama, Hari bertemu Pelanggan melibatkan tiga agensi di bawah Kluster Parlimen dan Undang-Undang iaitu Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) turut diadakan di Tingkat 6, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Tawau. Pengisian Hari Bertemu Pelanggan ini melibatkan aktiviti pameran, kaunter perkhidmatan iaitu Klinik Bantuan Guaman dan Khidmat Pengurusan Kebankrapan bagi membolehkan orang ramai berurusan secara terus dengan JBG dan MdI.

Dalam pada itu, dua slot ceramah bertajuk Khidmat Pendamping Guaman Bagi Kes Jenayah Seksual Kanak-Kanak disampaikan oleh Puan Aznika binti Mohd Anas, Pengarah Bahagian Peguam Panel dan Pendamping Guaman, JBG dan satu lagi ceramah bertajuk Kebankrapan : Satu Stigma disampaikan oleh Puan Naliatul Huzaimi binti Ab Rasip, Penolong Kanan Pengarah Bahagian Kebankrapan, MdI. Ceramah dihadiri kira-kira 44 orang peserta terdiri daripada kakitangan awam dari pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan sekitar Tawau.

1

YB Dato’ Takiyuddin bin Haji Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) ketika meninjau ruang penyimpanan fail di Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Tawau

2

YB Dato’ Takiyuddin bin Haji Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) menandatangani buku pelawat sejurus ketibaan beliau di Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Tawau. Turut sama ialah YBhg. Dato’ Anita binti Harun, Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (kiri) dan Tuan Mohd Nazri bin Omran, Pengarah Insolvensi Sabah (kanan)

 

3

YB Dato’ Takiyuddin bin Haji Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) ketika meninjau tapak cadangan Mahkamah Baharu Tawau

4

YB Dato’ Takiyuddin bin Haji Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) mengikuti perbicaraan yang diadakan di dalam Mahkamah Bergerak atau Mobile Court

 

5

Khidmat Pengurusan Kebankrapan ditawarkan secara terus kepada orang ramai yang berurusan dengan Jabatan Insolvensi Malaysia

 

6

Orang ramai berpeluang mendapatkan khidmat nasihat bantuan guaman secara terus di Kaunter Jabatan Bantuan Guaman sempena Hari Bertemu Pelanggan, Jelajah MyLAW@TAWAU bertempat di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Tawau

 

7

Salah seorang pelanggan turut bergambar bersama petugas kaunter Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) sempena Hari Bertemu Pelanggan, Jelajah MyLAW@TAWAU di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Tawau

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • MAMPU
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI