PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL.8/2017

Putrajaya, 13 September – YBhg. Datuk Jalil Marzuki, Ketua Pengarah BHEUU berkata kejayaan untuk mencapai sesuatu perkara memerlukan pengorbanan. Pengorbanan ini adalah termasuk pengorbanan masa, buah fikiran, tenaga, harta benda, wang ringgit serta kepentingan diri.

Beliau berkata kisah Nabi Ibrahim a.s, kemerdekaan negara dan kejayaan Malaysia dalam Sukan Sea ke-29 baru – baru ini adalah kisah serangkaian pengorbanan. Seharusnya semangat juang dan pengorbanan ini harus dimiliki oleh setiap anak bangsa Malaysia bagi melahirkan rasa keinsafan dan lebih menghargai keamanan dan kesejahteraan hari ini.

Beliau menambah, konsep pengorbanan sangat signifikan dan perlu dihayati oleh semua warga kerja dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab sebagai penjawat awam. Beliau menyeru semua warga kerja sama – sama berganding bahu, berkorban demi manfaat bersama. Pengorbanan itu wajar datang daripada hati yang ikhlas tanpa mengharapkan balasan.

Beliau berkata demikian di Perhimpunan Bulanan BHEUU di sini hari ini.

1

Ucapan oleh YBhg. Datuk Jalil Marzuki, Ketua Pengarah BHEUU

 

2

 

3

Warga BHEUU, MdI dan JBG semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil. 8/2017

 

4

Tahniah kepada Encik Wan Hasrul Effendy bin Sulaiman, Pembantu Tadbir dari Seksyen Khidmat Pengurusan yang dipilih sebagai Pekerja Contoh Bulanan BHEUU bagi bulan Ogos 2017 bagi Kumpulan Pelaksana

 

5

Taklimat TN50: Transformasi National 2050 (TN50) yang disampaikan oleh Encik Mas Affendi bin Masarudin dari Unit Khas TN50 Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • MAMPU
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI