MAJLIS AMANAT YANG BERHORMAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG) BERSAMA WARGA KLUSTER KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN

Putrajaya, 30 Jun – Majlis Amanat Yang Berhormat Dato’ Takiyuddin bin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Bersama Warga Kluster Kehakiman dan Perundangan julung kali diadakan hari ini bertempat di Dewan Saksama, Aras 2, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang.  Majlis turut dihadiri oleh Yang Berhormat Dato’ Eddin Syazlee Shith, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Ketua-Ketua Pengarah Jabatan/Agensi di bawah Kluster Kehakiman dan Perundangan serta warga kerja melibatkan kira-kira 150 orang.

Dalam amanat beliau, antara lain menyentuh berkenaan Rang Undang-Undang Pelaksanaan Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan COVID-19 yang dijangka akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Julai ini. 

Tambah beliau, Kerajaan juga komited serta memandang serius isu-isu yang yang berkaitan Hak Asasi Manusia di Malaysia. Antara langkah yang diteruskan Kerajaan ialah Laporan Tahunan SUHAKAM akan terus dibahas dan diperdebatkan dalam persidangan di Parlimen.

Dalam usaha merancakkan aktiviti ekonomi, beliau berkata Kerajaan berusaha pelaksanaan segera inisiatif-inisiatif baharu di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 27 Mac 2020 dan juga pelaksanaan projek-projek pembangunan yang telah diluluskan tahun ini.  Projek menaiktaraf dan pemuliharaan bangunan mahkamah di seluruh negara yang telah diluluskan peruntukan sebanyak RM120 juta akan dilaksanakan seberapa segera. Projek ini dilihat mempunyai kesan positif yang berganda kerana akan membantu meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan mahkamah, memberi manfaat kepada kontraktor kelas G1 hingga kelas G4 di semua negeri dan juga membantu mengekalkan pekerjaan bagi pekerja-pekerja di sektor pembinaan.

Beliau juga berharap agar promosi hendaklah dipergiatkan melalui pelbagai cara agar rakyat lebih memahami sesuatu undang-undang yang digubal, dipinda atau dikuatkuasakan dalam usaha merakyatkan undang-undang di negara ini.

Yang Berhormat Dato’ Takiyuddin Hassan turut menyeru semua Ketua-Ketua Pengarah Jabatan/Agensi di bawah Kluster Kehakiman dan Perundangan agar bersama-sama membantu beliau dan Yang Berhormat Timbalan beliau bagi menjayakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

.

8

Yang Berhormat Dato’ Takiyuddin bin Hassan ketika menyampaikan amanat sempena Majlis Amanat Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Bersama Warga Kluster Kehakiman dan Perundangan

1a

Kira-kira 150 orang warga Jabatan/Agensi di bawah Kluster Kehakiman dan Perundangan hadir di Majlis Amanat Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)

 

2a

Ketua-Ketua Pengarah Jabatan/Agensi di bawah Kluster Kehakiman dan Perundangan yang hadir di Majlis Amanat Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)

3a

Sesi bergambar bersama Yang Berhormat Dato’ Takiyuddin bin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)

4a

Sesi bergambar Ketua-Ketua Pengarah Jabatan/Agensi di bawah Kluster Kehakiman dan Perundangan bersama Yang Berhormat Dato’ Takiyuddin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dan Yang Berhormat Dato’ Eddin Syazlee Shith, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • MAMPU
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI