• Home
  • Trustees (Incorporation) Act 1952
  • Application for Incorporation of Trustees
  • Tatacara Permohonan Pemerbadanan Pemegang Amanah

Tatacara Permohonan Pemerbadanan Pemegang Amanah

Dokumen Bagi Tujuan Pendaftaran:
 
  1. Pemohon hendaklah melengkapkan Borang Permohonan dengan lengkap, kemas dan teratur.
  2. Dokumen sokongan seperti yang dinyatakan di dalam Senarai Semak hendaklah disediakan dalam 1 salinan dan dikemukakan bersekali dengan Borang Permohonan dan surat iringan.
       
Penghantaran Dokumen:
 
  1. Penghantaran sebarang dokumen termasuk borang permohonan hendaklah dilakukan di Kaunter Pertanyaan bertempat di Lobi Menara Selatan BHEUU, JPM sahaja.
  2. Pihak Pemerbadanan Pemegang Amanah/wakil hendaklah menyediakan surat akuan penerimaan kerana BHEUU tidak menyediakan perkhidmatan fotokopi.
  3. Cop akuan penerimaan akan dibuat oleh Pegawai Khidmat Pelanggan/Polis Bantuan yang bertugas pada hari tersebut.
       
Penetapan Temu Janji Bagi Sesi Konsultansi:
 
  1. Sebarang urusan konsultasi hendaklah melalui temu janji yang telah ditetapkan dan dipersetujui terlebih dahulu oleh kedua-dua belah pihak pelanggan dan  wakil BHEUU, JPM.
  2. Pihak Pemerbadanan Pemegang Amanah/wakil perlu membuat temu janji terlebih dahulu bagi mendapatkan khidmat konsultasi melalui e-mel atau surat rasmi di alamat seperti berikut:

    Ketua Pengarah
    Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang
    Jabatan Perdana Menteri
    Aras 6, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang
    Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62692 Putrajaya
    (u.p.: YBrs. Dr. Punitha Silivarajoo
    Pengarah Seksyen Dasar)

  3. Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada pegawai berikut:
    1. Puan Noor Akmar binti Shahran: 03-8885 1204
      (akmar[dot]shahran[at]bheuu[dot]gov[dot]my);

    2. Encik Mohd Fariz Ab Rashid: 03-8885 1927
      (fariz[dot]rashid[at]bheuu[dot]gov[dot]my); 

    3. Cik Nurul Izzati binti Rockyddin: 03-8885 1228
      (izzati[dot]rockyddin[at]bheuu[dot]gov[dot]my); atau

    4. Puan Nuruldayana binti Mohamad: 03-8885 1203
      (dayana[dot]mohamad[at]bheuu[dot]gov[dot]my);

  4. Waktu temu janji bagi sesi konsultasi adalah seperti berikut:
    1. Isnin-Khamis :
      9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari; dan
      2.30 petang hingga 4.30 petang
    2. Jumaat :
      9.30 pagi hingga 11.30 pagi; dan
      3.00 petang hingga 4.30 petang

  5. Pelanggan yang hadir tanpa temu janji hanya akan dilayan setelah selesai temu janji yang telah ditetapkan pada hari tersebut.