PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN PERINGKAT BHEUU SEMPENA SAMBUTAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN TAHUN 2015
Putrajaya, 26 November – Kumpulan Bentara dari Jabatan Insolvensi Malaysia menjuarai Pertandingan Berbalas Pantun Peringkat BHEUU 2015. Peserta Bentara adalah Nur Ismail bin Mohd. Shah, Zainudin bin Ariffin, Siti Shawana binti Abdullah dan Nur Baizura binti Bahman. Manakala tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan Bentayan daripada BHEUU. Peserta Bentayan adalah Sahrun bin Amzah, Norhisam bin Mistar, Wan Hasrul Effendy bin Sulaiman dan Atini binti Mohd Jalani. Dan tempat ketiga dimenangi oleh Jabatan Bantuan Guaman yang terdiri daripada Zurina binti Razali, Nur Ilham binti Mat Daud dan Zuhairah binti Zainuddin. Pertandingan tersebut diadakan di Dewan Harmoni, BHEUU di sini hari ini.
Pertandingan Berbalas Pantun peringkat BHEUU 2015
Antara kakitangan BHEUU, MdI dan JBG yang hadir untuk memberi sokongan
Gaya pasukan Bentara ketika menjual pantun
Gaya pasukan Bentayan ketika menjawab pantun
Bergambar Kenangan Pertandingan Berbalas Pantun Peringkat BHEUU tahun 2015